Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sediakan makanan Thai demi penuhi selera pelanggan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sediakan makanan Thai demi penuhi selera pelanggan

Tuk Tuk Cha siapkan pelbagai sajian enak lagi halal
Apr 14, 2019 | 05:30 AM



SELEPAS lebih 10 tahun bekerja sebagai guru di sebuah pusat tuisyen setempat, Encik Muzammil Peer, 39 tahun, dan Encik Mohamad Imran Mohamed Ibrahim, 41 tahun, mengambil keputusan untuk menceburi satu bidang asing dan baru buat mereka - makanan dan minuman (F&B).



Kededua mereka bersama Encik Khairol Sukhaimi, 40 tahun, kini pengarah satu jenama manisan yang dikenali ramai penduduk setempat, Tuk Tuk Cha.



Jika sebelum ini jenama tersebut dikaitkan dengan manisan seperti minuman teh susu Thai, kini ia diluaskan kepada sajian-sajian yang biasa dinikmati di Thailand.



Antaranya termasuk mi Tom Yam ($9.80); mi bot daging lembu ($8.80); dan toast Shibuya coklat ($11.80).



Dua lagi udang Tanghoon periuk tanah liat ($16.80) dan sup Tom Kha ($13.80) hanya terdapat di restoran bistro jenama Tuk Tuk Cha di pusat beli-belah Bedok Point.



Semua sajian itu merupakan antara 50 sajian masakan, 10 manisan dan 15 minuman yang dijual di bawah jenama itu.



Jika sebelum ini jenama tersebut lebih dikaitkan dengan sajian dan minuman ringan di beberapa kawasan serata pulau, kini terdapat juga kios, kafe dan sebuah restoran bistro yang menjual konsep sajian Thai Tuk Tuk Cha.



"Apabila timbul peluang buat kami ambil alih jenama ini, kami terfikir apakah yang boleh dilakukan untuk kembangkan jenama ini?



"Apakah yang diinginkan pelanggan dalam F&B? Bagi kami, F&B juga ada kaitan dengan bidang tuisyen - kededuanya memberi tumpuan kepada memberikan khidmat yang memenuhi keinginan pelanggan.



"Cuma bidangnya sahaja yang berbeza," kata Encik Muzammil, yang pernah mengajar selama lapan tahun di sekolah rendah.



Rakannya, Encik Mohamad Imran, yang pernah mengajar di sekolah menengah selama empat tahun berkata:



"Proses yang dilalui sektor tuisyen termasuk menilai kemampuan dan membimbing pelajar memilih arah tuju mereka sambil mengambil kira jangkaan dan keinginan ibu bapa pelajar itu.



"Prosesnya hampir serupa dengan sektor F&B.



"Padal awalnya, kami fikirkan tentang rancangan memperoleh pensijilan halal dan jenis sajian yang menjadi trend pada masa ini.



"Selepas itu kami fikirkan proses mengembangkan jenama ini agar lebih dikenali. Semua ini dilakukan sambil mengambil kira keinginan dan keperluan pelanggan."



Hasil penat lelah mereka berbaloi. Restoran itu memperoleh pensijilan halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 7 Mac lalu.



Sejak itu respons yang diterima boleh dikatakan melebihi jangkaan.



"Memang agak mencabar untuk perolehi bahan asli selain pastikan pensijilan (halal) dapat dikekalkan, apatah lagi dalam usaha menukar menu pada masa akan datang," tambah Encik Muzammil.



Satu lagi cabaran yang dihadapi ialah mendapatkan kakitangan termasuk kakitangan Muslim.



Secara keseluruhannya sekitar 60 kakitangan ditugaskan di semua cawangannya itu dengan sepertiganya merupakan pekerja Muslim.



Pada masa ini jenama itu mempunyai enam kafe, tiga kios dan sebuah restoran bistro.



Meskipun dibuka setiap hari seawal 11 pagi (restoran bistro seawal 11.30 pagi) sehingga 9.30 malam, kesemua kios, kafe dan restorannya akan ditutup awal esok (3 petang) bagi memberi laluan kepada satu acara khas jenama tersebut.



Seperti jenama lain, sudah menjadi keinginan mereka mahu meluaskan perniagaan tersebut.



"Kami didorong dengan semangat untuk terus luaskan peluang yang ada. Tapi buat masa ini, tumpuan diberi kepada mutu yang disajikan," kata Encik Imran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >