Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

NS, kelab serantau, bola sepak bawah blok

Apr 16, 2023 | 05:30 AM



Tiga soalan #NoTapis mengenai projek ‘Unleash The Roar!’ yang ditujukan kepada Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.



1 Dalam laluan UTR, usia ideal untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS) adalah 17 tahun. Mengapa usia itu dan mengapa NS tidak boleh dilakukan pada usia lebih lanjut?



Encik Chua: Pertama sekali, NS adalah mustahak. Ia adalah kewajipan negara untuk setiap warga lelaki di Singapura. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan semua warga lelaki Singapura mesti lalui.



Kemudian, kita melihat bila pemain muda menjadi pemain profesional. Biasanya ia berlaku pada sekitar usia 19, 20 dan 21 tahun, betul? Dan jika kita mengambil laluan NS yang biasa - mendaftar pada 18 tahun atau lebih tua - dan apabila belia itu selesai NS pada 20 tahun, ia mungkin terlewat.



Tempoh masa untuk bakat mereka dicungkil selepas NS sangat singkat. Mereka juga memerlukan masa untuk menyesuaikan semula diri pada tempo, intensiti dan kekerapan permainan dan ini tidak adil untuk pemain muda itu.



Manakala jika kita masuk NS awal, katakan pada usia 16 atau 17 tahun, dan tamat NS pada 18 atau selewatnya 19 tahun, ia memberikan pemain lelaki laluan yang lebih baik untuk menemui kembali rentak mereka dan dapat membuat keputusan dalam tempoh setahun hingga tiga tahun sama ada mereka mahu menjadi pemain profesional atau tidak. Ia adalah keputusan yang besar.



Kami tidak mahu pemain terbaik kita hanya bermain dalam SPL. Kami berharap pemain terbaik kami dalam pasukan nasional dapat bermain secara profesional dalam liga terkemuka di serata dunia.



Oleh itu, kami harus menyelesaikan NS dahulu dan kemudian beraksi di atas padang untuk membuktikan diri sendiri di peringkat serantau dan antarabangsa.



Lain negara, lain dasarnya. Di Korea Selatan, ada bintang K-Pop yang menundakan NS mereka untuk tempoh yang lama. Untuk Singapura, ia mungkin baik untuk pemain menyelesaikan dua tahun NS terlebih dahulu supaya mereka dapat benar-benar fokus pada kerjaya.



Kerjaya pemain boleh bertahan sehingga awal 30-an tahun, bukan? Dan kami tidak ingin mengganggu pemain yang berada di puncak kerjaya bola sepak mereka dan menyuruh mereka pulang untuk menjalani NS pada usia lewat 20-an tahun.



2 Difahami terdapat perbincangan untuk pasukan belia kelab Thai BG Pathum United dan kelab Malaysia Johor Darul Takzim menyertai Liga Perdana Singapura (SPL) bagi meningkatkan taraf liga setempat. Apakah kemasukan pasukan belia serantau ini memperkecilkan keupayaan kelab SPL?



Encik Chua: Saya fikir apa sahaja yang membolehkan pemain kita mempunyai persekitaran yang lebih kompetitif dan hasilnya menjadikan mereka pemain yang lebih baik, itu adalah bagus untuk kita.



Ini tidak kira apa mungkin bentuknya sama ada pemain asing atau kelab luar negara. Kami terbuka kepada apa jua kemungkinan.



Sekiranya kita berkata dalam wawancara ini bahawa kita menutup pintu kita, tiada siapa yang akan tampil. Tetapi, kami mahu orang tampil berbincang bersama kita sebab kami ingin meneroka apakah cara yang mungkin kita boleh ambil untuk mengubah SPL supaya wadah ini dapat membantu pasukan nasional kita.



Pada akhirnya, ia tentang rasa bangga ketika menyarung jersi negara. Mereka harus berada dalam prestasi yang baik dan bagaimana kita menyokong mereka?



Bagaimana kita memudahkan perjalanan mereka? Ia adalah dengan memberikan mereka peluang sebaik mungkin dan persekitaran kompetitif yang terbaik untuk mereka berbuat sedemikian.



3 Adakah melarang bermain bola sepak di kolong blok flat HDB atau kekurangan tempat untuk bermain bola sepak menjejas kumpulan bakat belia di Singapura?



Encik Chua: Satu perkara adalah Singapura semakin menua. Kita mempunyai lebih banyak warga tua berbanding sebelumnya.



Menjelang 2030, satu daripada empat warga Singapura akan berusia 65 tahun dan ke atas. Ini bermakna satu daripada empat penduduk yang anda jumpa di kolong blok adalah warga tua. Bayangkan bola terkena pakcik dan makcik? Jadi, aktiviti bermain bola sepak di kolong blok tidak selamat.



Tetapi, saya rasa kita boleh memanfaatkan lebih banyak perkara menarik yang akan datang. Contohnya, Hab Bola Sepak Kallang akan dibangunkan pada suku terakhir tahun ini. Kami juga telah membuka sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan (MOE) di bawah Skim Dwiguna (DUS).



Saya rasa kita boleh melakukan lebih kerana kita mempunyai ruang lain, untuk membawa lebih banyak program masyarakat. Contohnya, institusi pendidikan tinggi seperti politeknik dan universiti. Kita boleh menggalak lebih banyak permainan pada hujung minggu di ruang ini ketika guru dan pelajar tidak menggunakannya.



Saya fikir bola sepak kita sedang berkembang. Saya boleh memahami bahawa ada nostalgia untuk masa-masa yang kita boleh bermain di mana-mana dan di serata tempat.



Saya fikir kami masih mempunyai peluang untuk mewujudkan lebih banyak ruang yang sesuai untuk permainan bola sepak yang organik dan semula jadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >