Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perses dilucut keanggotaan dalam Istaf; penglibatan presiden, setiausaha agung digantung

Nov 28, 2023 | 04:37 PM



Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) tidak lagi layak sebagai ahli gabungan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) setelah keanggotaannya dalam Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dilucutkan pada Selasa.

Bagaimanapun, satu Jawatankuasa Persiapan Pertandingan Utama (MGPC) akan ditubuhkan SNOC bagi menjaga kepentingan pemain sepak takraw negara dan memastikan mereka dapat meneruskan latihan untuk pertandingan utama.

Awal sebelum itu, Istaf pada Selasa telah mengeluarkan kenyataan bahawa badan pentadbir antarabangsa sepak takraw itu telah “dengan tegas” menamatkan keanggotaan Perses.

Tindakan itu diambil atas sebab “salah laku yang serius dalam kepimpinan Perses”, menurut Istaf.

Presiden Perses, Mohd Nasri Haron, telah dikenakan hukuman penggantungan selama 12 tahun daripada sukan itu – di dalam dan di luar negara – manakala setiausaha agungnya, Zahid Abdul Aziz digantung selama tujuh tahun.

“Penggantungan ini dibuat selepas menjalani prosiding tatatertib Astaf (Persekutuan Sepak takraw Asia) yang mendapati wujud pelanggaran peraturan serius,” dedah Istaf.

Pada November 2022, Nasri dan Zahid masing-masing telah digantung Astaf selama 10 tahun dan lima tahun daripada sukan itu atas pertuduhan salah laku.

Istaf juga telah meminta kededua pemimpin itu untuk mengosongkan pejabat mereka – terletak di Heartbeat @ Bedok – dalam tempoh 90 hari. Jika tidak, mereka berdepan hukuman tambahan.

Tindakan itu diputuskan Jawatankuasa Eksekutif Istaf pada 4 November yang bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), SNOC berkata ia dimaklumkan mengenai perlucutan keanggotaan antarabangsa Perses menerusi surat kiriman Istaf pada 10 November.


Pada 24 November, SNOC menghantar surat kepada Perses untuk memberitahu badan pentadbir sepak takraw negara itu mengenai keputusannya.

“Kriteria gabungan SNOC memerlukan Perses untuk menjadi ahli gabungan dengan persekutuan antarabangsa mereka. Oleh itu, Perses tidak lagi layak sebagai ahli gabungan SNOC,” kata jurucakap SNOC.

“Dengan ketiadaan Persatuan Sukan Nasional, SNOC akan menubuhkan Jawatankuasa Persiapan Pertandingan Utama (MGPC) untuk menjaga kepentingan atlet dan memastikan latihan dan persiapan mereka ke arah penyertaan dalam sukan utama akan diteruskan,” tambahnya.

Istaf berkata Nasri dan Zahid dilarang terlibat dalam sebarang pengurusan atau aktiviti Perses tetapi didapati masih berbuat sedemikian. Pada 14 Oktober, kededua mereka terlibat dalam Mesyuarat Agung Tahunan Perses. 

Nasri dan Zahid masing-masing dilantik semula sebagai presiden dan setiausaha agung Perses buat empat tahun lagi, dari 2023 hingga 2027.

Istaf berkata tindakan itu melanggar beberapa artikel dalam perlembagaan Perses.

Menurut Perkara 21.3, Ahli Lembaga Pengarah tidak boleh menjalani penggantungan atau dikenakan larangan daripada Istaf atau pihak berkuasa kawal selia lain.

Perkara 21.4 juga menyatakan Ahli Lembaga Pengarah hendaklah menjadi orang yang mempunyai perwatakan imej yang baik dan berteladan serta mempunyai pengalaman dan kelayakan berkaitan.

Dalam pada itu, Perkara 5.1 menjelaskan bahawa Perses hendaklah berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada pemerintah dan masyarakat awam sebagai badan pengelola negara dan pihak berkepentingan bagi sukan sepak takraw di Singapura melalui gabungannya dengan Istaf, Astaf dan SNOC, dan bertanggungjawab serta berusaha untuk memajukan Perses.

“Tindakan yang berlaku dalam kepimpinan dalam Perses jelas menunjukkan wujud pelanggaran Perkara-Perkara dalam Perlembagaan Perses yang dilihat menjejaskan integriti dan piawaian tadbir urus Perses, Astaf dan Istaf,” tambah Istaf.

Pada 2023, pasukan nasional sepak takraw lelaki Singapura telah bersaing dalam Sukan SEA Kemboja dan Sukan Asia Hangzhou.

BH telah menghubungi Perses untuk mendapatkan komen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >