Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perlucutan keahlian Istaf: Perses rancang ambil tindakan guaman

Nov 29, 2023 | 02:22 PM



Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) berkata perlucutan keahliannya dalam Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) adalah tidak berperlembagaan.

Badan pentadbir sepak takraw Singapura itu juga merancang “mengambil tindakan undang-undang terhadap presiden dan setiausaha agung” Istaf.

Setiausaha agung Istaf ialah Abdul Halim Kader, iaitu presiden semasa Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf) dan bekas presiden Perses.

Pada November 2022, Astaf menggantung presiden Perses, Mohd Nasri Haron, dan setiausaha agungnya, Zahid Abdul ziz, daripada sukan itu masing-masing selama 10 tahun dan lima tahun atas pertuduhan salah laku.

Tindakan itu termasuk mereka dilarang terlibat dalam sebarang pengurusan atau kegiatan Perses.

Namun, pada 14 Oktober, Nasri dan Zahid menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Perses. 

Malah, mereka dilantik semula sebagai presiden dan setiausaha agung Perses buat empat tahun lagi, dari 2023 hingga 2027, menurut satu hantaran di laman Facebook Perses.

Pada Selasa, Istaf mengeluarkan kenyataan mengatakan ia “dengan tegas” telah menamatkan keahlian Perses dalam persekutuan dunia itu.

Ia mengatakan tindakan itu diambil atas sebab “salah laku serius dalam kepimpinan Perses”.

Istaf menambah bahawa Perses digantung hingga pemberitahuan lanjut “selepas prosiding tatatertib Astaf menyerlahkan pelanggaran serius”.

Ia juga mengatakan Nasri digantung daripada sukan itu – di dalam dan luar negara – selama 12 tahun, manakala Zahid digantung tujuh tahun.

Mereka juga diperintahkan oleh Istaf supaya mengosongkan pejabat mereka di Perses, di Heartbeat @ Bedok, dalam 90 hari. Jika tidak, mereka berdepan hukuman tambahan.

Perlucutan keahlian itu turut mengakibatkan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) memutuskan Perses tidak lagi layak menjadi kerabatnya.

Ini bermakna Perses hilang statusnya sebagai Persatuan Sukan Nasional (NSA).

SNOC, bagaimanapun, berkata ia akan membentuk sebuah Jawatankuasa Persiapan Pertandingan Utama (MGPC) bagi menjaga kepentingan pemain sepak takraw Singapura dan memastikan mereka dapat meneruskan latihan bagi pertandingan utama.

Menjawab pertanyaan BH pada Selasa, Zahid berkata: “Berdasarkan perlembagaan Istaf, perlucutan ini tidak berperlembagaan dan tiada tindakan yang patut diambil oleh SNOC terhadap Perses kerana proses sewajarnya telah dilanggar.”


Zahid menambah: “Perses bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Istaf, iaitu presiden dan setiausaha agung.

“Kami akan meminta Exco Istaf disingkirkan dan kakitangannya digantung.”

Presiden Istaf, Charouck Arirachakaran, meninggal dunia pada Ogos dan tiada maklumat lanjut mengenai siapa telah dilantik menggantikan warga Thai itu.

Halim menjadi presiden Astaf sejak 2004. Warga Singapura itu menjadi presiden Perses sejak 2000, kecuali bagi tempoh 2013 hingga 2015 apabila beliau berkhidmat sebagai setiausaha agung, peranan yang disandangnya dari 1982 hingga 1999.

Pada November 2019, Nasri menewaskan Halim 12-9 dalam pemilihan Perses.

BH telah menghubungi Istaf untuk mendapat komen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >