LONDON: Musim Liga Perdana England (EPL) kali ini ternyata antara yang paling hebat dalam sejarah bola sepak England – dengan juaranya hanya ditentukan dalam hari perlawanan terakhir.
Manchester City Arsenal dan Liverpool bertarung untuk menduduki tempat teratas.
Liverpool yang dibimbing, Jurgen Klopp, kemudian terlepas peluang dalam minggu-minggu terakhir musim kali ini.
Dan akhirnya, Manchester City menjulang kejuaraan EPL selepas menewaskan West Ham, 3-1 pada 19 Mei.
Ini merupakan kejuaraan keempat berturut-turut buat City, yang meraih dua mata di hadapan Arsenal.
Dikatakan bahawa 10 perlawanan di bawah ini dianggap penentu di sebalik penentuan juara EPL kali ini.
Manchester City hanya beberapa minit daripada terlepas tiga mata penuh semasa memulakan musim menentang Sheffield United yang baru dinaikkan ke EPL.
Jayden Bogle pada minit ke-85 menyamakan kedudukan selepas jaringan awal Erling Haaland, dan Sheffield hampir meraih satu mata dalam perlawanan itu.
Namun dengan hanya dua minit baki perlawanan, Rodri berhasil mendapat gol kemenangan buat City.
Gol jaringan sendiri oleh Joel Matip sejurus sebelum wisel penamat ditiup pengadil memberi kemenangan bergaya Tottenham ke atas Liverpool.
Perlawanan tersebut penuh drama, padat dengan penggunaan video penolong pengadil (VAR).
Pasukan The Reds (Liverpool) mempunyai dua pemain yang dibuang padang selepas mendapat kad merah yang mencetuskan kontroversi.
Curtis Jones dibuang padang pada separuh pertama perlawanan, sementara seorang lagi pemain Liverpool, Diogo Jota dilayang kad merah pada separuh kedua.
Empat hari selepas drama perlawanan antara Tottenham dengan Liverpool, giliran Arsenal pula mengalami nasib gara-gara kontroversi VAR.
Ini selepas jaringan Anthony Gordon dalam separuh kedua memberi kemenangan buat Newcastle ke atas pencabar utama bagi kejuaraan EPL itu.
Pengadil perlu memeriksa VAR berulang kali jaringan Gordon bagi menentukan sekiranya bola telah keluar padang, sekiranya ada kesalahan dan ofsaid, sebelum akhirnya Newcastle diberi jaringan gol tersebut.
Ia merupakan kekalahan pertama Arsenal dalam EPL musim kali ini, dengan pengurusnya, Mikel Arteta, menganggap keputusan VAR itu amat memalukan.
Arsenal mengakhiri 2023 dalam kedudukan terdesak.
Selepas tewas kepada Aston Villa dan West Ham pada Disember, mereka ditewaskan pula oleh Fulham meskipun mendahului pada minit kelima.
Fulham menyamakan kedudukan menerusi Raul Jimenez, sebelum Bobby De Cordova-Reid, berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukannya.
Arsenal tidak kalah dalam perlawanan EPL selanjutnya sehingga April, tapi memandangkan persaingan begitu sengit, kegagalan mendapatkan tiga mata semasa menentang Fulham dianggap satu kerugian.
Pada Januari, Manchester City berada lima mata di belakang pendahulu liga ketika itu, Liverpool.
Dalam perlawanan menentang Newcastle di padang lawan, City di belakang dengan jaringan 1-2 di satu peringkat.
Kevin de Bruyne membawa perbezaan selepas dimasukkan dari bangku simpanan – kali pertama bermain sejak Ogos 2023 – menyusuli kecederaan yang dialami.
Beliau menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74 dan melakar gol kemenangan oleh Oscar Bobb. Keputusan itu amat bermakna kepada City.
Manchester City tidak mempunyai rekod baik semasa berkunjung ke stadium lawan dan memerlukan kehebatan Phil Foden untuk membantu mereka.
Foden berjaya menjaringkan hatrik dalam perlawanan itu dan kemudian membawa City ke tangga kedua di belakang Arsenal.
Ia menandakan kebangkitan City dalam EPL.
Perlawanan antara Liverpool dengan Manchester City ini berakhir dengan seri dan jarak kededua pasukan dengan pendahulu liga ketika itu, Arsenal terus dekat.
City mendahului 1-0 pada minit ke-23 tapi Alexis Mac Allister menyamakan kedudukan menerusi tendangan penalti pada minit ke-50.
Keputusan itu terus mengukuhkan kedudukan City.
Aston Villa mengejutkan Arsenal di Stadium Emirates, dan ini meletakkan City dalam kedudukan baik untuk mengekalkan kejuaraan liga.
Keputusan itu bermakna Arsenal gagal kembali ke persada liga dan mengakhiri minggu itu dengan dua mata di belakang City.
Pasukan kendalian Jurgen Klopp mula menunjukkan keretakan, apatah lagi mereka tewas di padang sendiri kepada Crystal Palace.
Meskipun ketinggalan tiga mata di belakang Arsenal, mereka mempunyai satu mata di hadapan City.
Keputusan seri yang dicatat semasa menentang West Ham dan Aston Villa bermakna Liverpool sudah pun terkeluar daripada persaingan untuk menjuarai EPL.
Kemenangan ini meletakkan City setapak lebih dekat kepada kejuaraan EPL.
Dua gol Haaland pada separuh kedua cukup memberi kemenangan kepada City.
Mujur bagi City juga penjaga gawang gantian, Stefan Ortega bertindak cemerlang dalam perlawanan itu termasuk menyelamatkan percubaan bahaya kapten Tottenham, Son Heung-min. – Agensi berita.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg