Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

2 atlet terjun udara S’pura raih emas di kejohanan dunia

Rangkul kejuaraan di Piala Dunia Terjun Udara Tertutup di Macau
Apr 23, 2024 | 03:49 PM



Tidak lama selepas menamatkan rutin beliau dalam kejohanan Piala Dunia Terjun Udara Tertutup (WCIS) Persekutuan Sukan Udara Dunia (FAI) di Macau pada 20 April, atlet Kai Minejima-Lee menangis kerana berasa sebak.

Bagaimanapun, ia adalah air mata kegembiraan, setelah atlet terjun udara Singapura berusia 15 tahun itu menjuarai gaya bebas solo dalam penampilan sulungnya dalam kategori terbuka.

Beliau meraih 71.7 mata untuk mengatasi atlet Amerika Syarikat, James Rogers (68.8) dan Latvia, Toms Ivans (67.4) di GoAirborne Macau.

Isabelle Koh adalah seorang lagi warga Singapura yang meraih emas, mengumpul 72.4 mata untuk mengatasi saingan, Mate Feith dari Hungary (72.2) dan Ariel Zarah Gilbert Daborn dari Australia (66.3) untuk menjuarai junior gaya bebas solo, lapor The Straits Times (ST).


Bagi Kai, kejayaannya meraih emas dalam kategori terbuka itu adalah kemuncak usaha sepanjang beberapa bulan lalu yang memberi banyak tekanan.

Remaja yang menjalani persekolahan di rumah itu berkata: “Banyak kerja keras yang perlu dilakukan.

“Kemenangan ini sangat bermakna bagi saya. Selepas pusingan terakhir, saya tidak dapat mengawal diri dan mula menangis.”

Juara junior gaya bebas solo dari WCIS 2023 itu hanya mengetahui pada Februari bahawa beliau akan menyertai kategori terbuka selepas rakan sepasukan Kyra Poh mengalami kecederaan.

Bersaing dengan atlet terjun udara lebih berusia, termasuk bekas pemenang WCIS Ivans yang pernah mengajarnya, membuat warga Singapura itu berasa gementar, terutama kerana beliau tidak pasti sama ada untuk melihat rutin pesaingnya sementara menanti giliran pada pusingan akhir.

“Pada mulanya saya rasa saya tidak perlu lihat (rutin pesaing), tetapi akhirnya saya mahu tunjukkan kepada dunia mengenai rutin yang saya capai dengan kerja keras – buat kali terakhir.

“Melihat rutin orang lain menguatkan keinginan saya untuk tunjukkan persembahan terbaik,” kata Kai.

Isabelle, 16 tahun, pula gembira dengan prestasinya yang bertambah baik selepas menduduki tempat keempat dalam kategori yang sama pada kejohanan dunia 2023.

Pelajar Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) itu berkata: “Saya sangat gembira kerana dapat menunjukkan salah satu persembahan terbaik dalam hidup saya.

“Saya rasa segala usaha saya benar-benar membuahkan hasil dan saya gembira dengan keputusannya.”

Pasukan Singapura turut memenangi pingat perak dalam kategori terbuka empat hala dinamik menerusi Vera Poh, Choo Yi Xuan, Jordan Lee dan Kai; di samping pingat gangsa daripada Isabelle dan Lee dalam terbuka dua hala dinamik.

Singapura diwakili kontinjen terbesar seramai 21 atlet di WCIS, yang diadakan sempena Kejohanan Terjun Udara Tertutup Asia dan Kejohanan Terjun Udara Tertutup Eropah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >