Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 pemain tumpuan Geylang International

Aug 22, 2025 | 5:30 AM
Nikola Ignjatovic, Serbia, Geylang International
Nikola Ignjatovic, pemain pertahanan tengah dari Serbia, diharapkan menjadi tonggak utama di barisan belakang Geylang International bagi musim Liga Perdana Singapura (SPL) 2025-26, dalam usaha pasukan itu memperkukuh pertahanan mereka. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Geylang International mengakhiri musim Liga Perdana Singapura (SPL) 2024/25 di tempat ketiga antara sembilan pasukan.

Walaupun ketua jurulatih, Noor Ali, berpuas hati dengan prestasinya di SPL, beliau meluahkan kekecewaannya mengenai prestasi mereka di pertandingan lain.

Beliau akui bahawa pasukannya menjaringkan banyak gol, tetapi yang merisaukan adalah jumlah gol yang dibolosi.

Untuk menangani masalah ini, beliau ingin menjadikan pasukannya lebih berdisiplin sambil mengekalkan ancaman serangan mereka.

Berikut adalah dua pemain tumpuan Geylang International yang memainkan peranan penting musim depan.

Nikola Ignjatovic, pemain pertahanan

Pemain pertahanan tengah dari Serbia ini menyertai Geylang International selepas beraksi di beberapa kelab Eropah, termasuk Smederevo 1924 dan Radnicki Sremska Mitrovica di Serbia, serta Aiolikos di Greece.

Dengan ketinggian 186 cm dan pengalaman luas, Ignjatovic dijangka memainkan peranan penting dalam mengukuhkan benteng pertahanan Geylang International.

Kehadirannya diharap dapat memberikan kestabilan dan keteguhan dalam barisan pertahanan pasukan sepanjang musim ini.

Penyerang Jepun, Shuhei Hoshino, kini memikul tanggungjawab besar sebagai pengganti Tomoyuki Doi buat Geylang International bagi musim Liga Perdana Singapura (SPL) 2025/26, dalam usaha pasukan itu terus menggegar gawang lawan.
Penyerang Jepun, Shuhei Hoshino, kini memikul tanggungjawab besar sebagai pengganti Tomoyuki Doi buat Geylang International bagi musim Liga Perdana Singapura (SPL) 2025/26, dalam usaha pasukan itu terus menggegar gawang lawan. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Shuhei Hoshino, penyerang

Pemain import Jepun ini menyertai Geylang International setelah mencipta nama dengan Al­birex Niigata (S) dan Balestier Khalsa.

Di kededua pasukan tersebut, beliau mencatatkan daya penyerang yang mantap – termasuk menjulang gelaran penjaring terbanyak SPL pada 2018 dan menjadi penjaring paling prolifik Balestier Khalsa dengan 43 gol.

Dengan ketinggian sekitar 183 cm dan julukan “Jumbo”, Hoshino dikenali dengan kebolehannya menjaringkan gol dan memberikan assist.

Justeru, tumpuan kini terarah kepadanya untuk meneruskan tugas besar – menjaringkan gol secara konsisten seperti yang dilakukan Tomoyuki Doi musim lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg