Walau menerima berita yang tidak diingini mengenai penyertaan mereka di Sukan Sea 2025, Young Lions sedang giat membuat persiapan untuk mengharungi musim Liga Perdana Singapura 2025/26.
Lazimnya, pemain import yang akan menarik perhatian peminat.
Namun, Ketua Jurulatih Young Lions, Firdaus Kassim, tetap memiliki barisan pemain tempatan yang bersedia mencipta nama.
Berikut dua pemain yang perlu diberi perhatian.
Raoul Suhaimi, bek kanan (19 tahun)
Baru berusia 19 tahun, namun beliau kerap diundang menyertai latihan pasukan bola sepak nasional.
Beliau mampu bermain di pelbagai posisi termasuk bek sayap dan bek kiri, dua posisi yang dipenuhinya untuk Young Lions pada musim lalu.
Buat masa ini, beliau masih menantikan peluang menunjukkan bakat di peringkat antarabangsa, tetapi saat itu mungkin tercapai musim ini jika beliau terus menyerlah.
Aqil Yazid, bek kanan (21 tahun)
Mewarisi DNA bola sepak daripada ayahnya, penjaga gawang legenda, Yazid Yasin, Aqil Yazid menunjukkan bakat sahaja tidak memadai untuk berjaya dan perlu digabungkan dengan kerja keras dan disiplin tinggi.
Beliau antara pemain yang paling rajin dalam pasukan dan bertungkus lumus dalam setiap perlawanan.
Selain beraksi di bek kanan, beliau juga boleh bermain di bek tengah, Aqil dilihat sebagai pemain yang mampu mengemudi benteng pertahanan Young Lions dengan baik.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg