Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

20,000 pengunjung hadiri E-Sukan Olimpik di S’pura

Jun 26, 2023 | 05:57 PM



Ia bukan temasya Olimpik yang biasa disaksikan, tetapi penduduk setempat telah memberikan sokongan yang menggalakkan kepada atlet sukan elektronik yang bertandang di sini untuk bertanding dalam E-Sukan Olimpik yang berakhir pada Ahad.

Acara sukan elektronik atau e-sukan itu, yang dijangka dianjurkan setiap tahun, menarik 20,000 pengunjung sepanjang empat hari diadakan di sini.

Lebih 100 atlet bersaing merentasi 10 e-sukan yang ditandingi di alam maya.

Antara sukan yang ditawarkan di acara yang diadakan di Pusat Pameran dan Persidangan Suntec Singapura itu ialah kapal layar, besbol dan tenis.

Juara taekwondo dua kali Sukan Olimpik Wu Jingyu, 36 tahun, dari China merebut peluang untuk kembali bertanding menyusuli persaraannya selepas beraksi di Olimpik Tokyo 2020.

Beliau mengakui bahawa E-Sukan Olimpik berbeza daripada apa yang biasa dialaminya, tetapi akur ia juga adalah peluang bagi beliau mendekati pangkalan penonton dan peminat yang berbeza.

Wu, yang memenangi gangsa di Singapura, berkata: “Walaupun saya tewas, ia adalah satu pengalaman yang memberi saya pengetahuan bagi masa depan. Saya memutuskan untuk mencubanya dan apabila saya diundang menyertai pertandingan, saya tertarik untuk mengetahui tentangnya.

“Ini cara yang baik untuk menarik minat penonton yang lebih muda dan menjana lebih banyak minat.”

Acara e-sukan ini, yang bergelar Minggu E-Sukan Olimpik, muncul dua tahun menyusuli penganjuran Olimpik Siri Maya, yang menarik lebih 250,000 peserta dalam talian dari 100 negara.

Ia adalah sebahagian percubaan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk kekal relevan kepada golongan muda dan mendakap kemajuan teknologi.

IOC mengiktiraf e-sukan sebagai ‘kegiatan sukan’ pada 2017 dan ia akan menjadi acara pingat buat kali pertama dalam temasya berbilang sukan, Sukan Asia di Hangzhou mulai 23 September.

E-pelumba Singapura Ar Muhammad Aleef Mohamed Rafik, yang bersaing dalam acara sukan permotoran Gran Turismo 7 yang dijuarai warga Perancis Kylian Drumont, melihat acara berbilang sukan sebagai peluang meningkatkan pendedahan peminat kepada sukan lain.

Beliau berkata: “Sukan permotoran mencabar fizikal dan mental. Saya berharap lebih ramai orang akan tertarik padanya dan kita akan mempunyai lebih banyak peluang berlumba menentang mereka yang terbaik di dunia.”

Bagi atlet taekwondo Singapura Nigel Tan, yang dinobat juara pada Ahad, format maya membolehkan atlet berentap dengan lawan yang biasanya tidak akan mereka hadapi.

Tan, 14 tahun, berkata: “Rasanya agak bagus sebab terdapat bakat yang anda tidak akan jumpa kerana kami berada dalam kelas berat yang berbeza, jantina yang berbeza. Jadi, dengan semua bakat baru ini, ia akan membawa sukan taekwondo sangat jauh ke masa depan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >