Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Apakah e-sukan yang sebenar?

Jun 23, 2023 | 02:54 PM



Sudah sekian lama e-sukan, atau sukan elektronik, dipersenda sebagai sukan ‘olok-olok’ apabila dibandingkan dengan sukan tradisional seperti padang dan balapan atau lumba renang.

Namun sekarang, Siri e-Sukan Olimpik sulung yang sedang berlangsung di Singapura dikatakan pula bukan e-sukan sebenar.

Sebahagian penggiat e-sukan berkata senarai acara yang dipertanding di temasya itu, seperti memanah, besbol dan catur, kurang mewakili permainan elektronik.

Pada mereka, permainan sedemikian sekadar meniru permainan di dunia nyata dan memainkannya di alam maya.

Sebaliknya, mereka mengatakan permainan video popular seperti permainan strategi dan tembak-menembak seperti Counter Strike dan Dota 2 adalah acara e-sukan yang benar-benar tonggak sebarang pertandingan e-sukan.

Penggiat e-sukan berkata permainan video popular seperti Counter Strike dan Dota 2, e-sukan telah berkembang pesat sejak sedekad lalu.

Mereka menambah bahawa permainan seperti Counter Strike dan Dota 2, yang kini kian dipertandingkan pada peringkat elit, menawarkan hadiah wang tunai lumayan dan tidak harus dikecualikan daripada e-sukan Olimpik.

Ia telah menembusi budaya pop dan media sosial, dengan kejohanannya memenuhi stadium dan menarik jutaan penonton dalam talian.

Matthew Woods, daripada agensi pemasaran e-sukan AFK, berkata kekecewaan terhadap e-sukan Olimpik sulung itu ialah kerana acaranya tidak benar-benar mewakili acara yang dianggap sebagai e-sukan oleh pihak yang berkecimpung dalam bidang ini.

Jurulatih e-sukan profesional Malaysia Khairul Azman Mohamad Sharif bersetuju dan berkata beliau mendapati senarai itu mengelirukan.

“Saya tidak fikir permainan sukan ini harus diketengahkan dalam pertandingan berbanding permainan e-sukan popular, memandangkan jenis sukan ini sudahpun dipertandingkan secara fizikal,” katanya.

Satu-satunya penyelamat bagi sesetengah pihak ialah acara menembak akan melibatkan permainan yang digemari di seluruh dunia, Fortnite, tetapi dalam versi tanpa mod bunuh-atau-dibunuh, ‘Battle Royale’.

Pengubahsuaian itu adalah kerana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) tidak boleh menampilkan tajuk yang bertentangan dengan nilai Olimpik, jadi banyak permainan video popular yang mempunyai keganasan dikeluarkan.

IOC secara rasmi mengiktiraf e-sukan sebagai sukan pada 2017 dan telah berbincang dengan pemain industri mengenai penyertaannya di pentas paling berprestij.

Perubahan sedemikian selalunya berlaku secara perlahan tetapi IOC telah membuka sempadan baru kebelakangan ini, dengan sukan papan selaju di Sukan Tokyo dan tarian ‘breakdancing’ di Paris 2024.

E-sukan akan menawarkan pingat buat pertama kali di Sukan Asia di Hangzhou, China, yang berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >