Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ibu dua anak Zhywee Ramle menari wakili S’pura

Terpilih sertai pertandingan ‘Just Dance’ kerana dahului ranking pertandingan dalam talian yang disertai pemain negara lain
Jun 23, 2023 | 02:26 PM



Sekitar 10 tahun lalu, Siti Zhywee Ramle mula berjinak-jinak bermain permainan video Just Dance dan menari secara suka-suka.


Siapa sangka, permainan video itu menjadi ‘tiket’ untuk beliau mewakili Singapura di Siri e-Sukan Olimpik, yang sedang berlangsung di sini.

Jurulatih kecergasan berusia 38 tahun itu adalah antara 17 wakil Singapura di temasya e-sukan itu, yang kali pertama diadakan.

Ia berlangsung di Pusat Persidangan dan Pameran Suntec Singapura dari Khamis hingga Ahad.

“Saya diperkenalkan kepada permainan Just Dance sekitar 10 tahun lalu apabila seorang teman menyuruh saya mencubanya menggunakan Wii (konsol permainan video yang dihasilkan Nintento). Tetapi, pada ketika itu, saya tidak sempat membeli permainannya,” kongsi Zhywee ketika dihubungi Berita Harian.


Namun, sekitar tiga tahun lalu, hadiah hari lahir berbentuk sebuah konsol permainan video, Nintendo Switch, oleh suaminya mendorong Zhywee bermain Just Dance dengan lebih aktif.


“Ini berlaku selepas circuit breaker (pemutus rantaian jangkitan Covid-19) dan saya disarankan duduk di rumah.


“Saya meminta suami saya Nintendo Switch sebagai hadiah hari lahir supaya saya dapat bermain Just Dance.


“Sejak itu, saya menyertai pertandingan dalam talian dan bersaing dengan pemain dari serata dunia,” kata Zhywee, yang sudah hampir 20 tahun dalam industri kercegasan mengendalikan, antara lain, kelas zumba, tinju tendang dan yoga.

Just Dance adalah permainan video tarian berasaskan gerakan. Semasa setiap lagu, pemain melakukan gerakan yang mencerminkan tarian yang dipersembahkan oleh penari di skrin.


Gambar di sudut kanan bawah skrin membimbing pemain, dan mata diberi bagi ketepatan pemain dalam mengikuti pergerakan itu.

Permainan ini boleh dimainkan menggunakan aplikasi Just Dance pada telefon pintar.


Seramai lapan pesaing dijangka beradu dalam acara Just Dance.


Kira-kira dua bulan lalu, Zhywee menerima panggilan daripada Ubisoft, syarikat pemaju permainan video itu di Singapura, yang mengundangnya menyertai perlawanan akhir e-Sukan Olimpik.

Ini selepas beliau mendahului ranking beberapa pertandingan dalam talian yang disertai pemain dari negara lain.

Ibu dua putera berusia lima dan tujuh tahun itu tidak perlu berfikir dua tiga kali untuk merebut peluang keemasan itu.

“Sudah tentu apa sahaja yang berkaitan dengan perkataan Olimpik adalah penting buat saya. Dan juga kerana pada usia 38 tahun, tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menyertai mana-mana pertandingan, apatah lagi diundang bersaing dalam pertandingan ini. Saya berasa sangat teruja kerana keluarga, rakan-rakan, pelajar dan klien saya dapat meraikan perjalanan ini bersama saya,” ujar beliau. 

Zhywee juga mahu menepis salah tanggapan mengenai e-sukan.

“Apabila bercakap tentang e-sukan, stereotaipnya ialah ia untuk anak-anak muda, dan bukan untuk orang sebaya saya atau seorang ibu… Saya berharap dapat memberi inspirasi kepada kaum ibu di luar sana untuk melakukan sesuatu buat diri mereka sendiri,” tambahnya.

Bagaimanapun, perjalanan Zhywee mempersiapkan dirinya bagi pertandingan itu tidak selancar yang diharapkan.

Selain menjalani latihan setiap hari, beliau perlu mengimbangi masa menjaga anak-anak – seorang berkeperluan khas – dan tugas jurulatih sepenuh masa.

Sebulan lalu, buku lali kirinya terseliuh dan masih sedang beransur pulih. Tetapi, Zhywee kekal bertekad memberikan persembahan terbaiknya di depan penyokong sendiri.

“Berbanding pesaing lain yang berpengalaman, saya rasa diri saya sebagai underdog kerana saya tidak pernah bertanding secara fizikal atau dalam kejohanan e-sukan. Jadi, saya menyasar meneruskan semangat juang saya dan melakukan yang sebaik mungkin,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >