Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

21 pesilat akan wakil S'pura di Sukan SEA 2023

Mar 30, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI 21 pesilat akan mewakili Singapura dalam Sukan SEA 2023 Kemboja mulai 5 hingga 17 Mei.



Skuad itu diumumkan Persekutuan Silat Singapura (Persisi) pada Selasa, lebih kurang sebulan menjelang temasya sukan dwitahunan itu.



Pertandingan silat dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 10 Mei.



Skuad negara tahun ini adalah antara yang terkuatnya dengan sembilan juara dunia bakal masuk gelanggang.



Mereka terdiri daripada Sheik Farhan Sheik Alau'ddin (Kelas I Tanding Putera); Hazim Yusli (Kelas C Tanding Putera); Aniq Asri Yazid (Kelas B Tanding Putera); Nurul Suhaila Saiful (Kelas E Tanding Puteri); Iqbal Abdul Rahman (Seni Tunggal Putera); serta Iffah Batrisyia Noh, Ashikin Zulkifli dan Amirah Sahrin (Seni Regu Puteri).



Seorang lagi juara dunia Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin (Kelas J Tanding Putera), yang kini menghadapi pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk, turut disertakan dalam skuad Singapura.



Menurut senarai pembicaraan di laman web SG Courts, kes Ferdous akan dibicarakan lanjut pada 4 April. Beliau didakwa atas kesalahan itu pada 14 Januari.



Lima pemenang pingat perak Kejohanan Dunia Pencak Silat 2022 juga terpilih untuk beraksi di Phnom Penh, Kemboja kelak.



Mereka ialah Khadijah Shahrem (Kelas D Tanding Puteri); Abdul Raazaq Abdul Rashid (Kelas E Tanding Putera); Dhani Andika Razali (Kelas Bawah 45kg Tanding Putera); Nurshahfareeq Shahrudin (Kelas H Tanding Putera); dan Nadhrah Sahrin (Kelas A Tanding Puteri).



Dhani, Nurshahfareeq dan Nadhrah akan membuat penampilan sulung mereka dalam edisi ke-32 Sukan SEA bersama empat lagi pesilat negara.



Mereka termasuk pasangan adik-beradik, Tuhfah Izzah Roslan (Kelas Bawah 45kg Tanding Puteri) dan Syaza Insyirah Roslan (Kelas B Tanding Puteri); Shaiman Johanis (Kelas A Tanding Putera); serta Affiz Zakri (Seni Regu Putera).



Affiz akan digandingkan bersama Nazrul Kamal dan Muhammadinil Mustafar Isa dalam acara seni itu, membentuk trio sama yang memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia tahun lalu.



Nazurah Yusoff (Seni Tunggal Puteri), yang juga membawa pulang pingat gangsa daripada Kejohanan Dunia sama, melengkapkan skuad silat Sukan SEA Singapura.



Ketua pegawai eksekutif Persisi, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican menyifatkan skuad silat Singapura dalam Sukan SEA tahun ini sebagai "cukup kuat".



"Kami mempunyai ramai pesilat baru, tetapi mereka memasuki gelanggang berbekalkan pengalaman yang banyak dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pantas. Jurulatih kami telah menyusun regimen latihan hebat yang menggabungkan kekuatan dan kecergasan dan saya percaya ia akan ditonjolkan dalam arena," kata beliau.



Singapura menggondol 11 pingat - empat emas, tiga perak dan empat gangsa - dalam Sukan SEA 2021 yang ditunda ke Mei 2022, di Hanoi, Vietnam. Emas itu dimenangi Iqbal, Sheik Farhan, Hazim dan Suhaila.



Meskipun tidak menyatakan sasaran emas untuk edisi kali ini, Sheik Alau'ddin berkata pasukan negara memiliki peluang baik untuk merangkul pingat di Kemboja.



"Kami berdepan persaingan sengit, tetapi sekiranya kami berentap dengan baik dan kekal sihat, saya percaya kami boleh membawa pulang emas untuk Singapura," tambah legenda silat negara itu.




"Kami mempunyai ramai pesilat baru, tetapi mereka memasuki gelanggang berbekalkan pengalaman yang banyak dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pantas. Jurulatih kami telah menyusun regimen latihan hebat yang menggabungkan kekuatan dan kecergasan dan saya percaya ia akan ditonjolkan dalam arena."
- Ketua pegawai eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >