Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SEPAKTAKRAW

22 pingat jadi rebutan dalam Sukan SEA

Jan 27, 2023 | 05:30 AM



SEBANYAK 22 pingat - satu rekod - akan ditawarkan menerusi acara sepak takraw di Sukan SEA di Kemboja Mei ini, kata Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) Abdul Halim Kader (gambar atas).



Ini termasuk pingat bagi acara chinlone, sukan mirip takraw yang popular di negara-negara IndoCina.



Ini adalah jumlah pingat paling banyak bagi acara sepak takraw dalam Sukan SEA. Edisi Sukan SEA yang lalu menyaksikan hanya 8 pingat dipertaruhkan, di mana ia dikuasai Thailand yang memenangi 6 daripada 8 pingat emas.



Halim, yang juga mantan presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), berkata beliau kecewa kerana tiada pasukan dari Singapura akan bersaing untuk merebut pingat-pingat itu, selepas pasukan sepak takraw sekali lagi tidak disertakan dalam senarai atlet Singapura yang akan dihantar ke temasya sukan yang berlangsung 5-17 Mei.



Kali terakhir Singapura diwakili dalam sepak takraw di Sukan Sea adalah pada 2019 apabila ia diadakan di Manila. Pasukan sepak takraw negara gagal memenangi sebarang pingat.



Kali terakhir pasukan sepak takraw negara memenangi pingat di Sukan SEA adalah pada 2015 di Singapura, apabila ia menggondol satu perak dan tiga gangsa.



Halim berkata:



"Saya agak sedih apabila mendapat tahu sepak takraw Singapura tidak disenaraikan untuk ke Sukan SEA apabila (senarai SNOC) diumumkan. Walaupun begitu, saya akan terus membantu dan mengharapkan agar rayuan dapat dibuat kepada jawatankuasa rayuan SNOC bagi mempertimbangkannya."



Beliau menambah bahawa bagi memperkukuhkan rayuan tersebut, beberapa perlawanan persahabatan menentang seteru dari negara-negara jiran perlu diadakan agar tahap prestasi sepak takraw kebangsaan dapat dinilai.



"Pasukan sepak takraw kebangsaan perlu menunjukkan keputusan yang baik (daripada perlawanan sedemikian). Dengan cara ini, rayuan dapat dibuat dan menjadi lebih kukuh," ujarnya.



SNOC, pada 17 Januari, menamakan lebih 517 atlet dalam 27 sukan bagi mewakili Singapura di Sukan SEA tahun ini.



Badan sukan itu berkata atlet yang belum lagi memenuhi kriteria kelayakan diberi tempoh hingga Februari untuk berbuat demikian supaya rayuan mereka boleh ditimbangkan oleh jawatankuasa rayuan.



Presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) Nasri Haron, ditukil dalam laporan Berita Harian Rabu lalu, berkata:



"Kami tidak memenuhi kelayakan kerana kami tidak memenangi sebarang pingat dalam Sukan SEA Manila pada 2019 dan tidak mengambil bahagian dalam Sukan SEA Vietnam yang lalu atas sebab yang sama."



Ini adalah kali pertama Kemboja menganjurkan Sukan Sea, dan 38 sukan akan dipertandingkan, merangkumi 608 acara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >