Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA 1

23 perlumbaan dalam kalendar F1 tahun ini; Grand Prix S'pura 17 Sep

Jan 19, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Formula Satu (F1) akan mengadakan 23 perlumbaan musim ini, dengan sukan itu berdepan dengan jurang empat minggu pada April selepas memutuskan untuk tidak menggantikan Grand Prix China yang dibatalkan dalam kalendar.



Perlumbaan di Shanghai, yang pada asalnya dijadualkan pada 16 April sebagai pusingan keempat daripada 24 perlumbaan, dibatalkan pada Disember untuk tahun keempat berturut-turut berikutan langkah sekatan Covid-19 yang ketat di negara itu.



F1 kemudiannya berkata bahawa ia sedang menilai pilihan alternatif, dengan pelbagai tempat digembar-gemburkan dalam media termasuk litar Portimao Portugal yang digunakan sebagai pengganti pada 2020 dan 2021 untuk perlumbaan yang dibatalkan semasa pandemik itu.



"F1 boleh mengesahkan bahawa musim 2023 akan terdiri daripada 23 perlumbaan. Semua tarikh perlumbaan sedia ada dalam kalendar kekal tidak berubah," kata sukan itu kelmarin.



Ini bermakna terdapat jurang antara pusingan ketiga, perlumbaan Australia di Melbourne pada 2 April, dengan Grand Prix Azerbaijan di Baku pada 30 April.



Agensi berita Reuters melaporkan penganjur GP China telah meminta perlumbaan dikembalikan semula selepas Beijing melonggarkan kawalan Covid tetapi permintaan ditolak atas sebab logistik.



Langkah mengadakan perlumbaan Baku seminggu lebih awal juga telah dipertimbangkan sebelum ini.



Kalendar 2023 memaparkan kembalinya perlumbaan Qatar pada Oktober, perlumbaan malam sulung di Las Vegas pada November dan enam hujung minggu lumba pecut.



Grand Prix Singapura akan berlangsung pada 17 September, antara Grand Prix Italy pada 3 September dan perlumbaan di Jepun pada 24 September. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >