Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSIAPAN HADAPI PIALA AFF

29 pemain dapat tempat dalam skuad awal Singa

Tiada kejutan skuad yang dinamakan Nishigaya yang termasuk pemain veteran Hariss Harun dan bakat muda, Ilhan Fandi
Nov 11, 2022 | 05:30 AM



KETUA jurulatih pasukan nasional bola sepak Singapura, Takayuki Nishigaya, semalam telah mengumumkan skuad sementaranya seramai 29 pemain bagi kempen sulungnya dalam Piala Mitsubishi Electric (ME) Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bulan depan.



Nishigaya, yang dilantik April lalu, memilih barisan pemain yang dijangka ramai termasuk kapten Hariss Harun, Hassan Sunny, Shahdan Sulaiman, Irfan dan Ikhsan Fandi.



Bakat muda seperti Pemain Muda Terbaik Liga Perdana Singapura, Ilhan Fandi, Farhan Zulkifli, Shah Shahiran dan Ryaan Sanizal turut disenaraikan dalam skuad Singa.



Namun, beberapa pemain yang beraksi dalam Piala AFF tahun lalu, antaranya, Izwan Mahbud, Safuwan Baharudin, Gabriel Quak dan Tajeli Selamat gagal mendapat panggilan jurulatih asal Jepun itu.



Kejohanan berprestij serantau itu bakal berlangsung pada 20 Disember hingga 16 Januari. Singapura, yang berjaya ke separuh akhir edisi lalu, diundi dalam Kumpulan B bersama-sama juara bertahan Vietnam, Malaysia, Myanmar dan Laos.



"Saya telah memanggil pemain ini ke dalam skuad sementara berdasarkan persembahan mereka di peringkat kelab serta keperluan posisi dalam pasukan, dengan beberapa pemain dapat bermain dalam posisi berbeza apabila perlu - iaitu saya percaya penting dalam cara permainan kami," ujar Nishagaya.



Pasukan Singa juga akan ke Chiba, Jepun, untuk satu kem latihan pada 1 hingga 12 Disember, di mana mereka dijangka bermain dalam dua perlawanan ujian.



Hanya 28 pemain akan membuat perjalanan ke sana, dengan pemain pertahanan Ryhan Stewart akan hanya menyertai skuad selepas kem itu akibat komitmen bersama kelabnya, pasukan liga kedua Thai, Chiangmai FC, kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), dalam kenyataannya semalam.



Singapura kemudian pulang ke tanah air untuk menentang Maldives dalam satu perlawanan persahabatan 'A' di Stadium Jalan Besar pada 17 Disember.



Menyusuli perlawanan itu, Nishigaya akan menamakan skuad terakhirnya seramai 23 pemain untuk beraksi di Piala AFF nanti.



Nishigaya menambah: "Kem latihan dan perlawanan persahabatan akan datang dengan Maldives adalah fasa penting dalam persiapan akhir kami bagi Piala AFF 2022.



"Di Jepun, mereka akan berdepan pasukan yang memiliki gaya permainan yang serupa dengan pasukan Asean, yang akan memberi manfaat kepada kami.



"Dalam tempoh ini, saya mahu pemain menunjukkan apa yang dapat mereka tawarkan kepada pasukan. Piala AFF mempunyai kepentingan istimewa dalam bola sepak Singapura, dan saya mahu melihat semangat dan keazaman daripada para pemain kerana kami perlu bersatu dan bermain bersama demi negara."



Singapura, yang merupakan juara empat kali, akan membuka kempen Piala AFF 2022 menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar pada 24 November.




SENARAI PEMAIN



Penjaga gol: Hassan Sunny (Lion City Sailors), Syazwan Buhari (Tampines Rovers), Zaiful Nizam (Geylang International) dan Zharfan Rohaizad (Tanjong Pagar United)



Pemain pertahanan: Amirul Adli, Hariss Harun dana Nur Adam Abdullah (Sailors), Christopher Van Huizen dan Ryaan Sanizal (Tampines), Irfan Fandi (BG Pathum United), Joshua Pereira (Geylang), Nazrul Nazari (Hougang United), Ryhan Stewart (Chiangmai FC) dan Shakir Hamzah (Tanjong Pagar)



Pemain midfield: Adam Swandi, Hafiz Nor, Hami Syahin, M. Anumanthan, Shahdan Sulaiman dana Song Uiyoung (Sailors), Farhan Zulkifli dan Zulfahmi Arifin (Hougang) dan Shah Shahiran (Young Lions)



Penyerang: Faris Ramli (Sailors), Hazzuwan Halim (Geylang), Ikhsan Fandi (BG Pathum), Ilhan Fandi (Albirex Niigata), Shawal Anuar (Hougang) dan Taufik Suparno (Tampines)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >