5 pingat emas Sukan SEA antara kenangan manis legenda penembak negara
Premium
5 pingat emas Sukan SEA antara kenangan manis legenda penembak negara
Membesar di kampung sekitar Pasir Panjang dan kerap bermain ‘senapang lastik’, Mohd Zain Amat harumkan nama negara dalam sukan menembak; beliau turut beraksi di 3 edisi Sukan Asia, sekali di Sukan Komanwel di samping 3 kali uji bakatnya di Kejohanan Menembak Dunia
Sep 30, 2024 | 5:00 AM
Mohd Zain Amat menganggap temasya Sukan SEA Thailand 2007 sebagai antara detik paling manis sepanjang penglibatan selama 15 tahun sebagai atlet menembak negara apabila beliau pulang dengan tiga pingat emas. Kesemuanya beliau memenangi lima pingat emas dan dua gangsa dalam empat penampilan di Sukan SEA. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Sekelip mata membezakan menang atau kalah. Sekelip mata membezakan pingat emas atau perak.
Sekelip mata itu juga yang membezakan bekas penembak negara, Mohd Zain Amat, daripada pesaingnya dari negara tuan rumah di pusingan kalah mati atau sudden-death bagi menentukan pemenang pingat emas acara trap individu di Sukan SEA Bangkok pada 2007.
Laporan berkaitan
Keunggulan, dedikasi Ibrahim Sihat
di pentas bina badan sukar ditandingi Mar 5, 2024 | 4:58 PM
Menang atau kalah, Enrico Marican tetap ‘kapten hebat’ hoki negaraAug 21, 2024 | 8:43 PM


