Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 tahun tanggung rugi, Man U kurangkan 150-200 pekerjaan

Feb 25, 2025 | 3:57 PM
Sejak memperoleh 25 peratus kepentingan ke atas kelab Manchester United pada 2024, Sir Jim Ratcliffe mula dengan rancangan pemulihan keuntungannya bagi kelab tersebut.
Sejak memperoleh 25 peratus kepentingan ke atas kelab Manchester United pada 2024, Sir Jim Ratcliffe mula dengan rancangan pemulihan keuntungannya bagi kelab tersebut. - Foto AFP

LONDON: Manchester United akan mengurangkan sekitar 150 hingga 200 pekerjaan lagi dalam usaha mengembalikan keuntungan selepas lima tahun mengalami kerugian, menurut kelab Liga Perdana England (EPL) itu pada 24 Februari.

Langkah ini merupakan tambahan kepada pengurangan 250 pekerjaan pada 2024, kata kelab tersebut.

Sejak jutawan British Jim Ratcliffe memperoleh 25 peratus kepentingan kelab tersebut pada 2024 dan mengambil alih operasi bola sepak, United telah melakukan penstrukturan semula dan mengurangkan kos bagi memulihkan prestasi pasukan itu di padang.

Mereka juga telah menaikkan harga tiket walaupun terdapat reaksi negatif daripada penyokong.

Pada September, juara EPL 20 kali itu melaporkan kerugian tahunan yang kelima berturut-turut selepas gagal layak ke pertandingan Liga Juara-Juara.

“Kami telah mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut. Ini tidak boleh berterusan.

“Dua keutamaan utama kami sebagai kelab adalah mencapai kejayaan di padang untuk peminat kami dan meningkatkan kemudahan kami. Kami tidak boleh melabur dalam matlamat ini jika kami terus mengalami kerugian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Omar Berrada, dalam satu kenyataan.

Agensi Reuters melaporkan bahawa pelan penstrukturan itu termasuk menghentikan makan tengah hari percuma untuk kakitangan di kafeteria Old Trafford bagi menjimatkan lebih daripada 1 juta pound ($1.69 juta) setahun, menurut sumber rapat dengan kelab itu.

Beberapa kakitangan akan dipindahkan dari Old Trafford ke kemudahan latihan baru di Carrington berhampiran Manchester dan semua kepimpinan kelab akan berpusat di Manchester, tambah sumber tersebut.

Bonus eksekutif akan dibayar pada kadar yang dikurangkan pada 2025 dan kemudian akan ditukar kepada skim yang disemak semula, yang lebih bergantung kepada prestasi bola sepak dan kewangan kelab.

Sumbangan kebajikan kelab akan ditumpukan kepada Yayasan Manchester United (MUF) dan Persatuan Penyokong Orang Kurang Upaya Manchester United (MUDSA), menurut sumber tersebut, dengan perbincangan dengan MUF mengenai jumlah sumbangan mereka sedang diadakan.

United juga akan menghentikan sumbangan kepada badan amal lain, tambah sumber itu.

Yayasan ini, yang menyediakan program pendidikan dan pembangunan masyarakat untuk golongan muda, mengumpulkan 608,000 pound daripada pemegang tiket musim dan sumbangan dalam talian pada 2023-24, menurut laman web mereka. – Agensi berita.

“Kami telah mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut. Ini tidak boleh berterusan. Dua keutamaan utama kami sebagai kelab adalah mencapai kejayaan di padang untuk peminat kami dan meningkatkan kemudahan kami. Kami tidak boleh melabur dalam matlamat ini jika kami terus mengalami kerugian.”
Omar Berrada, Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, dalam satu kenyataan.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg