7 bintang muda yang ingin ukir nama
Jun 26, 2024 | 5:44 PM
Kejuaraan Euro 2024 kali ini belum kelihatan sebarang kejutan yang besar dan bakal memasuki pusingan kalah mati, dengan negara besar Eropah berjaya memasuki pusingan seterusnya.
Setiap kali kejohanan antarabangsa diadakan, ia akan memberi wadah kepada pemain muda untuk menonjolkan bakat mereka di persada dunia dan kejuaraan Euro 2024 menjadi peluang terbaik bagi mereka.
Berita Harian (BH) paparkan tujuh pemain muda yang mampu melakar sinar pada pusingan kedua Euro 2024.
Pemain terbaik Bundesliga musim ini, Florian Wirtz, membantu kelabnya Bayer Leverkusen dalam memenangi kejuaraan Bundesliga pertama mereka. Beliau dijangka menjadi pemain tengah yang akan menambah kelincahan dan ketajaman pasukan Jerman pada kejuaraan Euro kali ini. Pemain berusia 21 tahun itu telah mencatatkan jumlah ‘assist’ kedua terbanyak di Bundesliga dengan 12 ‘assist’ selain menjaringkan 11 gol. - Foto EPA-EFE

-
Laporan berkaitan
Southgate rayu penyokong kekal bersama England Jun 26, 2024 | 2:08 PM
Modric: Gol Italy jaringan ‘kejam’ buat CroatiaJun 25, 2024 | 4:07 PM

