Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Acara kayuhan secara maya antara program utama OCBC Cycle

Feb 14, 2025 | 3:04 PM
Dalam kategori baru itu, peserta mesti menamatkan sekurang-kurangnya 120 kilometer mengelilingi pulau dalam satu percubaan, dalam tempoh 24 jam dari 3 Mei hingga 2 Jun, dalam kategori baru ini. Gambar menunjukkan acara OCBC Cycle yang diadakan pada 12 Mei 2024.
Dalam kategori baru itu, peserta mesti menamatkan sekurang-kurangnya 120 kilometer mengelilingi pulau dalam satu percubaan, dalam tempoh 24 jam dari 3 Mei hingga 2 Jun, dalam kategori baru ini. Gambar menunjukkan acara OCBC Cycle yang diadakan pada 12 Mei 2024. - Foto fail

Satu acara berbasikal keliling pulau secara maya adalah antara program utama dalam acara berbasikal OCBC Cycle, yang akan diadakan pada 3 dan 4 Mei.

Dalam kategori baru yang hanya menawarkan 100 tempat, peserta mesti menamatkan sekurang-kurangnya 120 kilometer (km) mengelilingi pulau dalam satu percubaan, dalam tempoh 24 jam dari 3 Mei hingga 2 Jun.

Peserta juga perlu menghantar butiran kayuhan seperti tarikh, jarak dan masa – yang direkodkan menggunakan aplikasi penjejak kecergasan – peta kayuhan, bersama dengan gambar diri mereka dengan basikal, lapor The Straits Times (ST).

Penganjur berkata kategori ini diadakan berdasarkan maklum balas daripada tinjauan pascaacara, yang mana responden menyatakan mereka seronok “(berkayuh) jarak jauh secara maya mengikut masa dan sasaran sendiri”.

100km Virtual Ride merupakan acara tetap dalam edisi terkini dan akan diteruskan.

Penunggang basikal akan menamatkan jarak tersebut dengan laluan mereka sendiri dalam empat kayuhan berasingan, dengan kayuhan yang dilakukan secara indoor juga dibenarkan.

Perubahan lain bagi acara berbasikal beramai-ramai ini pada 2025 termasuk penambahan slot dari 1,000 kepada 1,500 untuk kategori Foldie Ride by Brompton, yang diperkenalkan pada edisi 2024.

Bagi edisi ke-17, penganjur menyasarkan 7,000 peserta dalam sembilan kategori.

Kategori utama – The Straits Times Ride (20km), Sportive Ride (40km) dan Foldie Ride by Brompton (40km) – akan berlangsung di jalan raya yang ditutup pada 4 Mei, dengan mercu tanda seperti Jambatan Benjamin Sheares, Singapore Flyer dan Gardens by the Bay di sepanjang laluan.

Pelancaran acara tahun ini akan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian, dengan pendaftaran dibuka di laman web ocbccycle.com pada 14 Februari, tengah hari.

Terdapat promosi hujung minggu pelancaran hingga 16 Februari, yang mana penunggang basikal boleh mendaftar dengan diskaun sehingga 35% daripada harga pendaftaran biasa.

Semasa promosi ini, 155 peserta dalam tiga kategori utama akan dipilih untuk memenangi hadiah seperti pakej cuti inap dan peralatan berbasikal.

Harga awal akan berkuat kuasa dari 17 Februari hingga 16 Mac, dengan pendaftaran ditutup pada 21 April.

Presiden Persekutuan Berbasikal Singapura (SCF), Hing Siong Chen, berkata beliau gembira melihat penambahan kayuhan secara maya ini, yang turut menyokong perkembangan sukan maya, termasuk e-sukan berbasikal.

Kategori Speedway Championship (Asia Tenggara, korporat dan kelab) akan digabungkan menjadi OCBC Cycle Speedway Open Championship pada 3 Mei.

Pihak penganjur juga menjangkakan sekitar 400 peserta muda dan keluarga dalam kategori kanak-kanak pada 3 Mei, yang akan berakhir di Stadium Negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg