Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ada meninggal, yang hidup kekal giat dalam arena bola sepak

Nov 20, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pemain antarabangsa Ghana, Raphael Dwamena, 28 tahun, meninggal dunia selepas beliau rebah di padang semasa satu perlawanan liga di Albania pada 11 November.


Kejadian tragik itu berlaku semasa satu perlawanan antara pasukannya, Egnatia Rrogozhine dengan Partizani.

Beliau dikatakan mengalami masalah serangan jantung.

“Meskipun doktor pakar memberikan rawatan segera, malangnya beliau tetap meninggal dunia,” menurut Persekutuan Bola Sepak Albania (AFL).

Ini bukan kali pertama seorang pemain rebah di padang.

Meskipun ada yang meninggal dunia, terdapat juga pemain yang masih dapat meneruskan kehidupan menyusuli kejadian traumatik yang mereka alami.







Kapten Luton Town, Tom Lockyer, dibawa ke hospital selepas rebah di padang Stadium Wembley semasa satu perlawanan final play-off Kejohanan Liga Bola Sepak England (EFL) menentang Coventry City, pada 27 Mei.


Pemain pertahanan berusia 28 tahun itu rebah di padang dengan tiada pemain berdekatan semasa beliau berlari dalam separuh masa pertama.

Lockyer terpaksa diangkat di atas pengusung sedang beliau memakai pelitup oksigen sebelum dikejarkan ke bilik rawatan oksigen.

Beliau terselamat dan meneruskan kerjaya bola sepak.







Dunia bola sepak dikejutkan apabila salah seorang bintang besar, Christian Eriksen, dilaporkan rebah di atas padang semasa satu perlawanan Euro 2020 antara pasukan negaranya, Denmark dengan Finland pada 12 Jun 2021.

Beliau yang ketika itu juga bermain dengan kelab Italy, Inter Milan mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke hospital.

Eriksen menjalani pembedahan jantung dan kini masih bermain bola sepak.

Pemain berusia 31 tahun itu kemudian meninggalkan Inter Milan, sebelum diberi tawaran bermain dengan Brentford, dan kemudian berpindah pula ke Manchester United.







Permainan masuk minit ke-73 dalam perlawanan separuh akhir Piala Konfederasi antara Cameroon dengan Columbia apabila Marc Vivien Foe rebah di tengah padang, pada 26 Jun 2003.

Meskipun usaha dilakukan bagi menyelamatkannya, beliau yang ketika itu berusia 28 tahun, meninggal dunia pada malam itu.

Bedah siasat kedua dilakukan dan mendapati punca kematian beliau adalah akibat masalah jantung.







Selama 78 minit, ramai yang menyangka bahawa Fabrice Muamba telah ‘meninggal dunia’ pada 2012 apabila beliau rebah semasa satu perlawanan Piala FA antara Bolton Wanderers dengan Tottenham Hotspur di stadium White Hart Lane.

Dalam kejadian yang berlaku pada 17 Mac 2012 itu, Muamba mengalami serangan jantung semasa separuh masa pertama perlawanan suku akhir itu.

Selepas kejadian itu, beliau yang kini berusia 35 tahun mengambil ijazah sarjana muda dalam kewartawanan sukan sebelum kembali menyertai bola sepak sebagai jurulatih belia.







Pemain antarabangsa Ivory Coast, Cheick Tiote, meninggal dunia pada usia 30 tahun selepas rebah tidak sedarkan diri semasa sedang menjalani latihan bersama pasukan Beijing Enterprises, yang mendapatkan khidmat pemain itu pada Februari 2017.

Tiote rebah semasa berlatih dengan kelab Liga Satu China itu, dan tidak tidak dapat diselamatkan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >