Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Adakah ini musim terakhir buat Salah?

Nov 4, 2024 | 3:39 PM
Pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah, meraikan jaringan kemenangan beliau dalam perlawanan Liverpool menentang Brighton pada 2 November.
Pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah, meraikan jaringan kemenangan beliau dalam perlawanan Liverpool menentang Brighton pada 2 November. - Foto EPA-EFE

LONDON: Mohamed Salah memberi bayangan tentang masa depannya di Liverpool sedang bintang asal Mesir itu menyatakan bahawa beliau tidak akan lupa perasaannya apabila menjaringkan gol di Anfield “tidak kira apa yang berlaku”.

Liverpool kini menduduki tempat teratas melalui jaringan kemenangan hebat Salah dalam kemenangan 2-1 ke atas Brighton pada 2 November.

Pemain berusia 32 tahun itu telah menjaringkan sembilan gol untuk Liverpool musim ini, memaparkan nilainya untuk Liverpool yang sedang mengejar trofi Liga Perdana England (EPL) sejak 2020.

Namun masa depan Salah di Liverpool kekal tidak menentu kerana kontrak beliau akan tamat pada akhir musim ini.

Beliau dibenarkan berunding dengan pasukan di luar EPL pada Januari, dan hantarannya di media sosial baru-baru ini mencetuskan perbualan tentang kesediaannya meninggalkan Liverpool.

“Tempat teratas EPL adalah di mana kelab ini patut berada.

“Semua pasukan akan menang perlawanan tetapi akhirnya hanya satu juara akan ditentukan.

“Itulah apa yang kami mahu,” kata beliau di platform X, sekitar 24 jam selepas membuat jaringan hebat semasa Liverpool menewaskan Brighton.

“Terima kasih atas sokongan anda. Tidak kira apa yang berlaku, saya tidak akan lupa perasaan menjaringkan gol di Anfield,” tambah beliau.

Dilaporkan bahawa Salah kini dibayar 350,000 paun ($600,309) setiap minggu.

Selepas kemenangan 3-0 Liverpool ke atas Manchester United pada 1 September, Salah mendedahkan bahawa Liverpool belum membuka perbincangan tentang kontrak barunya.

“Sejujurnya, apabila saya tiba untuk perlawanan itu, saya rasakan ia mungkin kali terakhir (bermain di Old Trafford),” kongsi beliau kepada pihak media.

Namun, pengurus Liverpool, Arne Slot, tidak bimbang tentang masa depan Salah ataupun tentang pemain pertahanan seperti Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold. Kontrak mereka juga akan tamat musim ini.

“Situasi kontrak ini menjadi masalah jika pemain tidak bermain sebaik mereka bermain sekarang.

“Buat masa sekarang, ketiga-tiga pemain sedang bermain dengan sangat baik.

Perbincangan sedang dijalankan dengan Virgil bersama pihak lain, dan bukan saya (yang mengadakan perbincangan itu),” tambah beliau. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg