Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Adam Swandi jalani prosedur bedah jantung

Aug 29, 2025 | 6:28 PM
Bekas pemain dan bakat muda bola sepak Singapura, Adam Swandi, bakal menjalani pemasangan peranti pemula jantung (ICD). Sudah hampir setahun sejak pengumuman persaraan beliau daripada bola sepak akibat masalah jantung.
Bekas pemain dan bakat muda bola sepak Singapura, Adam Swandi, bakal menjalani pemasangan peranti pemula jantung (ICD). Sudah hampir setahun sejak pengumuman persaraan beliau daripada bola sepak akibat masalah jantung. - Foto fail

Bekas pemain kebangsaan Singapura, Adam Swandi, yang bersara daripada bola sepak profesional kurang setahun lalu akibat masalah jantung, mendedahkan bahawa beliau akan menjalani prosedur pemasangan peranti pemula jantung (ICD) pada 29 Ogos.

Di Instagram beliau pada 28 Ogos, Adam berkongsi bahawa keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan lama bersama keluarga.

“Kami telah fikir panjang dan dengan mendalam tentang perkara ini dan kami rasa bahawa ini adalah langkah terbaik,” kata bekas pemain tengah Singa itu berusia

Beliau juga dengan rendah hati memohon doa semua agar prosedur tersebut berjalan lancar dan berjaya.

“Saya harap anda semua boleh doakan saya dan saya benar-benar harap prosedur ini akan berjalan dengan lancar dan pemulihan saya pantas,” katanya.

“Saya tidak sabar untuk kembali ke bola sepak, sudah tentu tidak beraksi lagi, tetapi harap-harap saya dapat menyumbang dalam aspek lain.”

ICD ialah sejenis peranti yang dipasang di dada pesakit untuk mengawal irama jantung.

Ia berfungsi sebagai langkah menyelamatkan nyawa bagi individu yang berisiko mengalami serangan jantung secara tiba-tiba akibat pelbagai masalah jantung.

ICD berfungsi memantau dan membetulkan gangguan irama jantung yang berbahaya, dengan memberikan kejutan elektrik jika perlu untuk mengembalikan ritma jantung yang normal.

Adam membuat keputusan untuk bersara pada Disember 2024 selepas disahkan menghidap kardiomiopati, keadaan yang melemahkan otot jantung dan mengganggu keupayaannya mengepam darah ke seluruh badan.

Perkara itu meningkatkan risiko masalah jantung yang serius, dan dalam kes yang lebih teruk, boleh membawa kepada kegagalan jantung.

Sejak bersara, Adam menunjukkan ketabahan luar biasa.

Walaupun perit untuk mengakhiri kerjayanya pada usia 28 tahun, beliau tetap bersyukur atas segala pencapaian dan optimis terhadap masa depan.

Dalam temu bual bersama Berita Harian sebelum ini, Adam pernah berkongsi tentang cabaran emosi yang dihadapinya apabila perlu menerima hakikat persaraan, dan bagaimana peranan sebagai suami dan bapa banyak membantunya menilai semula keutamaan hidup.

Beliau juga baru-baru ini menyambut kelahiran anak keduanya, pada 10 Mei 2025.

Bapa kepada dua orang anak itu juga berkata persaraan telah memberinya perspektif baru dalam hidup.

Beliau bersyukur atas segala yang telah diberikan oleh bola sepak, tetapi teruja dengan apa yang akan datang.

Kini, beliau sedang meneroka pelbagai bidang dalam ekosistem bola sepak, termasuk kejurulatihan dan pemasaran, semuanya dengan sokongan padu daripada kelabnya, Lion City Sailors.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg