Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Afif dedikasi hatrik, trofi kepada isteri

Feb 11, 2024 | 11:43 AM



LUSAIL, Qatar: Penyerang berbisa Qatar, Akram Afif mendedikasikan hatrik dilakukannya kepada isteri tercinta selepas pasukan bergelar The Maroons itu mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2023 dengan menundukkan Jordan 3-1 pada 10 Februari.

Pemain berusia 27 tahun yang mewakili kelab liga tempatan Al Sadd, juga mendedahkan kad yang ditulis huruf ‘S’ yang dipamerkannya ketika meraikan gol adalah permulaan huruf nama isterinya, seorang warga negara Kuwait.

“Ia (S) adalah permulaan huruf nama isteri saya, beliau orang Kuwait dan hari ini hari pertama beliau datang ke stadium, ini perlawanan pertamanya.

“Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua peminat Qatar dan saya juga nak beri semua anugerah yang diterima malam ini kepada isteri saya,” katanya yang tetap mahu merahsiakan identiti isterinya, pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Lusail.

Mengulas mengenai ketiga-tiga gol penalti yang berjaya disempurnakannya, Afif berkata rahsianya bukan kerana teknik tetapi keyakinan yang hadir daripada sokongan yang diterimanya selama ini.

Afif dinobat sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan dengan lapan gol, memenangi anugerah pemain terbaik kejohanan selain pemain terbaik dalam final.

Pada masa sama, Afif memuji Jordan dengan menyifatkan apa yang dilakukan skuad bimbingan Hussein Ammouta itu satu pencapaian yang boleh dibanggakan selepas berjaya melakar sejarah dengan melangkah ke final.

Ketua jurulatih Qatar, Marquez Lopez berkata perlawanan itu mungkin bukan final seperti yang dijangkakan tetapi masih gembira dengan kejayaan itu yang menyaksikan ia gelaran pertamanya bersama skuad kebangsaan tersebut.

“Ia perlawanan yang sukar, amat sengit, mungkin ia perlawanan bola sepak yang cantik seperti kami harapkan tetapi saya gembira dengan kemenangan ini dan saya gembira dengan Afif atas semua anugerah yang dimenanginya, beliau layak diberi semua gelaran itu,” kata jurulatih dari Sepanyol berusia 62 tahun itu.

Qatar mendahului menerusi penalti Afif pada minit ke-22, namun Yazan Al-Naimat menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-67 sebelum Afif menyudahkan dua penalti masing-masing pada minit ke-73 dan 90+5 untuk mengesahkan kemenangan pasukan negaranya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >