Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perlawanan sengit dijangka apabila Qatar, Jordan rebut Piala Asia

Feb 09, 2024 | 12:01 PM



QATAR: Perlawanan peringkat akhir Piala Asia antara tuan rumah, Qatar dan Jordan pada 10 Februari merupakan acara yang bersejarah.


Jordan telah pun mencatat sejarah dengan menewaskan Korea Selatan untuk mara ke peringkat akhir Piala Asia pertama mereka.

Dengan kedudukan ke-87 dalam ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), ramai tidak menjangka Jordan akan mara daripada peringkat kumpulan.

Tetapi kini, ia telah melebihi jangkaan. Ia bukan sahaja menyingkirkan Korea Selatan daripada pertandingan, malah berjaya mara ke peringkat akhir.

Qatar pula merupakan negara tuan rumah pertama yang mara ke peringkat akhir pertandingan itu sejak Australia pada 2015.

Ia ingin menjadi negara tuan rumah kelapan untuk memenangi trofi tersebut.

China pada 2004 merupakan satu-satunya pasukan yang tewas semasa perlawanan peringkat akhir sebagai tuan rumah.

Pengurus Qatar, Tintin Marquez, menyaksikan pasukannya menang tujuh perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan sejak kekalahan mereka kepada Jordan pada Januari.

Qatar turut berjaya menjaringkan gol dalam 10 perlawanan berturut-turut.

Jika mereka menang pada 10 Februari, Qatar akan menjadi negara keempat dalam sejarah kejohanan itu yang berjaya mempertahankan kejuaraan.

Mereka juga akan menjadi pasukan pertama mempertahankan kejuaraan sejak Jepun pada 2004.

Qatar juga mempunyai detik hebat mereka, dengan menewaskan pasukan Iran yang dianggap sebagai salah satu pasukan Piala Asia yang mencatat banyak kejayaan.

Berlangsung di Stadium Lusail di Qatar, perlawanan itu dijangka menghiburkan kerana terdapat empat pemain yang sedang mengejar anugerah But Emas – yang diberi kepada pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam pertandingan.

Pemain Qatar, Akram Afif, mencatat lima gol; sementara Hassan Al-Haydos, Yazan Al-Naimat dan Musa Al-Taamari masing-masing menjaring tiga gol setiap satu.

Pemain Utama

Penyerang Qatar, Afif, bukan sahaja menyumbang melalui lima jaringannya, malah beliau turut memainkan peranan penting dalam jaringan Qatar yang lain melalui ‘assist’ (pembuka jalan).

Beliau juga menghasilkan 15 peluang untuk rakan sepasukannya dan akan memainkan peranan yang sangat penting dalam perlawanan peringkat akhir menentang Jordan.

Keinginan beliau untuk memenangi anugerah But Emas juga mungkin akan menambah bisa pada serangannya.

Bagi Jordan pula, pemain pertahanan, Abdallah Nasib, 29 tahun, merupakan salah satu daripada mereka yang berkebolehan untuk menyekat Afif.

Memenangi 70 peratus tandukan dan 61 peratus pemain yang cuba menggeleceknya, secara keseluruhan, Nasib merupakan perisai utama pertahanan Jordan.

Perlawanan peringkat akhir Piala Asia biasanya tidak dapat diramalkan, dan ramai menjangkakan perlawanan yang sengit, dengan kedua-dua pihak enggan mengambil terlalu banyak risiko.

Kedua-dua pihak telah menemui pelbagai cara untuk menang dalam pertandingan ini, tetapi Qatar mempunyai beberapa individu yang mampu menghasilkan detik-detik hebat, dan biasanya itulah yang menjadi penentu perlawanan sengit. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >