Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Impian Korea Selatan ke final ranap selepas dikecewakan Jordan

Feb 07, 2024 | 12:53 PM



AL RAYYAN (Qatar): Pasukan Korea Selatan sering bangkit semula pada tahap akhir perlawanan mereka dalam Piala Asia sehingga diberi gelaran ‘bola sepak zombi’.


Namun, gelaran itu juga boleh dianggap punca mereka disingkirkan dalam peringkat separuh akhir Piala Asia.

Korea Selatan bernasib baik apabila mereka menjaringkan gol selepas minit ke-90 untuk empat perlawanan berturut-turut, dengan jaringan-jaringan itu mengheret perlawanan mereka menentang Arab Saudi pada peringkat 16 terakhir dan perlawanan menentang Australia dalam suku akhir ke masa tambahan.

Namun, pada perlawanan separuh akhir mereka pada 6 Februari, pasukan bimbingan Juergen Klinsmann itu ditewaskan 2-0 oleh Jordan.

Ini bermakna Jordan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Asia buat kali pertama.

Korea Selatan memulakan kempen Piala Asia mereka sebagai salah satu pasukan yang dijangka mampu memenangi pertandingan itu, tetapi, pasukan yang mempunyai beberapa pemain Eropah seperti Son Heung-min tidak kesampaian.

Korea Selatan belum berjaya memperoleh satu trofi pun dalam tempoh 64 tahun.

“Saya benar-benar minta maaf kepada penyokong kami,” kata Son dengan kecewa.

“Kami lakukan yang terbaik, tetapi kami benar-benar minta maaf kerana kesilapan pasukan kami menyebabkan kekalahan,” tambah beliau.

Keletihan Korea Selatan selepas bermain dua perlawanan hingga masa tambahan telah membantu Jordan.

Namun gaya dan cara Jordan menewaskan lawan membuktikan bahawa pasukan bimbingan Hussein Ammouta itu telah membuat persiapan mencukupi.

Walaupun Klinsmann mempunyai ramai pemain berbakat, mereka tidak dapat bermain sebagai satu pasukan.

Pertahanan mereka dibolosi setiap perlawanan dan serangan mereka bergantung kepada bakat individu.

Hanya ketabahan, kecergasan dan tenaga setiap pemain Korea Selatan yang membolehkan pasukan itu untuk meneruskan perlawanan apabila lawan mereka sudah keletihan, yang membawa mereka langkah ke separuh akhir.

Korea Selatan tidak dapat mengatasi tekanan berterusan daripada Jordan dan penyerang Tottenham Hotspur, Son, mengakhiri pertandingan ini dengan kecewa.

“Saya tidak menyesal, saya telah memberikan segala-galanya,” kata Son.

“Ia pertandingan yang sangat sukar. Tahap bola sepak Asia semakin tinggi,” tambah beliau.

Sementara itu, ramai yang menentang pelantikan Klinsmann di Korea Selatan.

Walaupun beliau anggap dirinya bertanggungjawab di sebalik penyingkiran Korea Selatan daripada piala itu, beliau menegaskan tidak akan meletak jawatan walaupun menghadapi tekanan dan kritikan.

Pengurus warga Jerman itu sentiasa disoal tentang tingkah lakunya yang kekal tersenyum dalam situasi membimbangkan.

Beliau disoal sekali lagi selepas dilihat tersenyum sambil berjabat tangan dengan Ammouta dan mengucapkan tahniah kepada pasukan Jordan, yang menurutnya layak untuk mara ke final.

“Bagi saya adalah perkara biasa untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan lain dan jurulatih apabila mereka lebih baik. Ia adalah tanda penghormatan,” katanya.

“Jika anda berkata saya tidak sepatutnya tersenyum, maka kami mempunyai pendekatan yang berbeza.

“Saya sangat kecewa, saya marah kerana kami sepatutnya melakukan lebih baik malam ini. Sudah tentu saya tidak akan berjalan-jalan malam ini sambil tersenyum.

“Tetapi ada sebab mengapa kami kalah perlawanan ini dan kami harus menerimanya,” tambah beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >