Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN OLIMPIK RIO

Aisyah siap beraksi dalam pertandingan impian

Aug 03, 2016 | 05:30 AM



KURANG 24 jam selepas tiba di Rio de Janeiro, Brazil, kelmarin, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee telah bergegas ke tempat letak perahu di Taman Olimpik di Barra da Tijuca.



Srikandi mendayung nasional itu dan jurulatihnya, Alan Bennet, tidak berlengah membuat persiapan terakhir menjelang perlumbaan yang bermula Sabtu ini (7.30 pagi Ahad waktu Singapura).



Sejarah bakal terukir apabila Aisyah, 28 tahun, mencecahkan perahunya ke perairan lagun Rodrigo de Freitas sekali gus menjadi pendayung nasional pertama bertanding di Sukan Olimpik.



Beliau juga atlit Melayu pertama dalam dua dekad mewakili negara di temasya sukan terunggul itu. Srikandi badminton Zarinah Abdullah mengibarkan bendera negara di Sukan Olimpik Atlanta pada 1996.



Bercakap kepada Berita Harian sebelum berangkat ke Rio, Aisyah berkata beliau tidak sabar hendak mewakili Singapura di perlumbaan "paling penting" dalam kerjayanya.



"Saya telah menanti saat ini bak seumur hidup saya. Saya tidak boleh berjanji apa-apa, selain akan bertanding dengan sepenuh hati saya," ujarnya.



Singapura menghantar 25 atlit yang akan bersaing dalam tujuh cabang sukan di Olimpik Rio ini.



SEJARAH BAKAL TERUKIR:  Aisyah di ambang sejarah tanding di Olimpik




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >