Sekitar 10 tahun sudah berlalu, namun pengalaman manis tidur bersama pingat gangsa yang diletakkan di bawah bantal masih segar dalam ingatannya.

Itulah detik di mana bekas jaguh gimnastik negara, Aizat Muhammad Jufrie, begitu teruja dengan kejayaannya memenangi sebutir pingat gangsa bagi acara ‘vault’ di Sukan Undangan Komanwel yang berlangsung di Glasgow, Scotland – kejohanan yang dianjurkan sebagai persiapan sebelum penganjuran temasya Sukan Komanwel pada tahun yang sama.