Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Akademi La Liga menjadi rakan latihan luar negara pertama bagi projek UTR!

Nov 28, 2022 | 12:22 PM



PEMAIN bola sepak muda tempatan yang menunjukkan potensi dan bakat kini berpeluang berlatih di Madrid, Sepanyol untuk mengasah dan mengembangkan lagi bakat mereka di samping pemain muda lain dari seluruh dunia.



Projek bolak sepak kebangsaan, Unleash The Roar! (UTR!) telah mengikat satu perjanjian bersama Akademi La Liga Sepanyol, sebagai rakan latihan luar negara pertamanya. 



Mengumumkan perkembangan terkini tentang projek tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif UTR!, Encik Eric Chua berkata mereka telah bekerjasama dengan Akademi La Liga, yang merupakan sebahagian daripada ESC (Education Sports Coliving), untuk membantu mengembangkan lagi kemahiran pemain bola sepak Singapura yang menunjukkan bakat besar.



Beliau menambah kerjasama dan perkongsian itu menjadi sebahagian penting dalam ekosistem UTR!, yang sebelum ini turut menyaksikan pembentukan 10 Akademi Bola Sepak Sekolah (SFA) di sekolah terpilih.



Bercakap kepada wartawan Singapura di Sepanyol baru-baru ini, di mana beliau telah mengunjungi kumpulan pertama seramai 20 pemain muda terpilih, berusia antara 12 hingga 13 tahun, di kompleks ESC, Encik Chua yang juga merupakan Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), berkata: 



“Apa yang kita boleh perolehi dari ESC ialah peluang yang sangat pelbagai dan sangat baik untuk pemain muda kita untuk terlibat dan menyesuaikan diri mereka sepenuhnya dalam sistem dan metadologi bola sepak Sepanyol.



“Selain pemain daripada SFA, kami telah mendapat pemain terbaik dari pelbagai bahagian ekosistem (bola sepak) tempatan untuk turut berada di sini.



“Di samping latihan, terdapat juga perlawanan persahabatan dengan bakat muda dari Sepanyol, yang mungkin kita tidak dapat anjurkan di Singapura buat masa ini. 



“Tentunya di masa akan datang, kami berharap di peringkat tempatan, kami juga boleh mengembangkan persekitaran kami menjadi lebih mampan dan lebih pelbagai di semua peringkat. 



“Namun begitu, ia akan mengambil masa.”



Justeru, dengan adanya pangkalan latihan di luar negara, Encik Chua merasakan bahawa perkongsian seperti dengan ESC akan membuka lebih banyak laluan untuk bakat tempatan terbaik meneruskan pembangunan bola sepak mereka.



“Mereka terpaksa keluar dari zon selesa sendiri dan melibatkan diri dalam pusat pembangunan terkemuka di mana mereka boleh didedahkan kepada tahap latihan dan persaingan yang lebih tinggi,” tambahnya.



ESC merupakan sebuah pusat kecemerlangan sukan yang dibina khas yang menempatkan sebuah sekolah antarabangsa, penginapan pelajar dan kemudahan sukan yang digunakan oleh kedua-dua La Liga dan Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) untuk melahirkan bintang bola sepak dan bola keranjang generasi masa depan.



Selain Singapura, ia juga pernah menjadi tuan rumah kepada pasukan remaja dari Jepun dan Korea sebelum ini.



Projek UTR! hari ini (Isnin, 28 Nov) turut mengumumkan bahawa dua SFA bagi pemain perempuan akan diperkenalkan pada 2023 buat kali pertama. 



Sekolah Menengah Woodlands akan mengadakan program bola sepak itu untuk pelajarnya, manakala Sekolah Perempuan Methodist akan bekerjasama dengan Sekolah Menengah Boon Lay dan Sekolah Menengah Westwood.



Seramai 550 pemain lelaki dan perempuan berumur antara 13 hingga 16 tahun dijangka menyertai program SFA pada 2023. Ini adalah peningkatan daripada 300 belia dalam program perintis SFA yang dilancarkan tahun ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >