Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Aksi Chelsea-Liverpool, United-Leeds ditunda akibat kekurangan polis

Sep 14, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Tiga perlawanan Liga Perdana England yang dijadualkan pada hujung minggu ini telah ditangguhkan menjelang acara pengebumian Ratu Elizabeth II Isnin depan.



Ini termasuk perlawanan Chelsea di London menentang Liverpool, umum Liga Perdana kelmarin.



Perlawanan Manchester United di tempat sendiri menentang Leeds United Ahad ini juga telah ditangguhkan manakala perlawanan Brighton & Hove Albion menentang Crystal Palace Sabtu ini turut ditangguhkan, kata liga itu.



Perlawanan Brighton pada asalnya ditangguhkan kerana tindakan mogok yang dirancang oleh pekerja sektor rel. Namun kededua perlawanan danmogok yang dirancang itu telah ditangguh berikutan kematian Ratu.



Badan pentadbir bola sepak England telah pun menangguhkan semua perlawanan hujung minggu lalu sebagai tanda penghormatan.



"Tujuh daripada 10 perlawanan Liga Perdana hujung minggu ini akan dimainkan, dengan tiga perlawanan ditangguhkan kerana acara sekitar pengebumian Ratu.



"Selepas perbincangan lanjut dengan kelab, polis, Kumpulan Penasihat Keselamatan dan pihak berkuasa berkaitan, tiada pilihan lain selain menjadualkan semula tiga perlawanan itu.



"Bagi perlawanan berlangsung semasa tempoh berkabung, penghormatan akan diberikan kepada Ratu di stadium-stadium" kata Liga Perdana dalam satu kenyataan.



Manchester United berkata perlawanan mereka ditangguhkan kerana polis Greater Manchester "menyokong pasukan di seluruh United Kingdom di lokasi dan acara yang sangat penting" selepas kematian Ratu.



Tarikh baru untuk jadual yang disusun semula akan diumumkan dalam masa terdekat, tambah liga itu. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >