Al-Hilal hilang mata pertama dalam Liga Juara-Juara Asia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Al-Hilal hilang mata pertama dalam Liga Juara-Juara Asia

Feb 10, 2026 | 1:10 PM

Al-Hilal hilang mata pertama dalam Liga Juara-Juara Asia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Bola Sepak, Asia, Hilal
Pemain pertahanan Al-Hilal, Theo Hernandez (kiri), cuba melepasi kawalan pemain Shabab Al-Ahli pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit di Dubai. Keputusan seri 0-0. - Foto AFC.COM

DOHA: Juara empat kali, Al-Hilal kehilangan mata pertama mereka dalam fasa liga Liga Juara-Juara Asia Elit pada 9 Februari apabila pasukan pimpinan Simone Inzaghi yang banyak berubah diikat 0-0 oleh Shabab Al-Ahli dari Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Dengan kelayakan ke peringkat 16 pasukan terakhir telah pun disahkan selepas kemenangan dalam enam perlawanan pertama mereka, Inzaghi membuat banyak perubahan pada pasukannya bagi pertemuan di Dubai dan akibatnya pasukan Liga Pro Saudi itu terpaksa berhempas pulas.

Namun, satu mata yang diperoleh itu mengekalkan Al-Hilal di kedudukan teratas dengan baki satu pusingan, lima mata di depan rakan senegara Al-Ahli di tempat kedua.

Al-Ahli juga diikat 0-0, berkongsi mata dengan Al-Wahda di Abu Dhabi.

Sementara itu, Al-Duhail dari Qatar berkongsi mata dengan keputusan seri 1-1 dengan Sharjah FC dari UAE di Doha untuk mengekalkan harapan mereka untuk mara ke lapan tempat teratas yang menjamin tempat dalam fasa pertandingan seterusnya.

Igor Coronado memberikan Sharjah gol pendahuluan dengan penalti pada minit ke-41.

Tetapi Adil Boulbina menyamakan kedudukan lapan minit sebelum tamat dengan sepakan penalti, yang terpaksa diambil dua kali selepas penjaga gol pelawat, Adel Al-Hosani, meninggalkan garisannya lebih awal.

Keputusan itu meletakkan kedua-dua kelab itu dengan lapan mata, dua mata di hadapan Al-Gharafa yang berada di tempat kesembilan, yang akan menentang Al-Ittihad dari Arab Saudi pada 10 Februari dengan peluang untuk mara ke peringkat kelayakan.

Nasaf dari Uzbekistan pula meraih mata pertama mereka dalam pertandingan itu dengan keputusan seri 1-1 menentang Al-Shorta dari Iraq. Namun kedua-dua pasukan tidak layak di pertandingan seterusnya.

Lapan pasukan teratas daripada 12 pasukan akan mara ke pusingan kalah mati pada Mac, dengan suku akhir, separuh akhir dan pertandingan akhir dijadualkan berlangsung di Saudi pada April. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg