Albirex Nigata (S) mencatatkan kejutan dalam perlawanan Liga Perdana Singapura pada 25 Ogos dengan menewaskan Lion City Sailors (LCS) 3-1 di Stadium Jurong East.

Albirex yang memulakan perlawanan di tangga kedua dari bawah, melonjak ke tangga kelima dengan kemenangan tersebut, manakala LCS melepaskan peluang untuk mengatasi pendahulu liga, BG Tampines Rovers.

Shingo Nakano menjadi wira Albirex setelah menjaringkan dua gol pada minit ke-80 dan ke-88.

Sebelum itu, Arya Igami, meletakkan Albirex di hadapan dengan jaringan pada minit ke-70 sebelum penyerang LCS, Lennart Thy, menyamakan kedudukan empat minit kemudian.

Hakeme Yazid (kanan) memastikan kemenangan Brunei DPMM dengan menjaringkan dua gol. Hakeme dicabar pemain pertahanan Geylang, Joshia Pereira.
Hakeme Yazid (kanan) memastikan kemenangan Brunei DPMM dengan menjaringkan dua gol. Hakeme dicabar pemain pertahanan Geylang, Joshia Pereira. - Foto FACEBOOK SPL

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan hujung minggu lalu, Brunei DPMM mengalahkan Geylang International 4-2 di Stadium Jalan Besar hasil jaringan berganda Hakeme Yazid, dengan pemain import, Miguel Oliveira dan Julio Cruz menyempurnakan jaringan bagi pasukan dari Brunei itu.

Dua gol Geylang pula hasil jaringan Tomoyuki Doi.

Lain-lain perlawanan menyaksikan pasukan pimpinan Nazri Nasir, Young Lions, menang 3-1 ke atas Tanjong Pagar United manakala Balestier Khalsa pula mengalahkan Hougang 3-1.