Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Albirex menang anugerah pertama, dua jurulatih SG calon jurulatih terbaik

Sailors, Albirex dan Hougang kuasai senarai calon Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura 2021
Oct 09, 2021 | 05:30 AM



DENGAN lapan perlawanan tanpa gawangnya dibolosi - sekurang-kurangnya tiga lebih banyak daripada penjaga gol lain - pemain jersi nombor satu Albirex Niigata Takahiro Koga menjadi pemenang sulung anugerah Golden Glove Liga Perdana Singapura (SPL) yang mengiktiraf penjaga gol dengan rekod bersih terbanyak musim ini.



Koga, 22 tahun, antara pemenang dan calon bagi Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura 2021 yang diumumkan kelmarin. Majlisnya akan diadakan di Aux Media Studio Selasa ini.



Senarai itu dikuasai pemain dan pegawai tiga kelab terbaik SPL - Lion City Sailors, Albirex Niigata dan Hougang United.



Hanya perbezaan gol memisahkan pendahulu Sailors dan pasukan tempat kedua Albirex menjelang perlawanan pusingan terakhir esok.



Penjaring gol terbanyak SPL Tomoyoki Doi (Hougang United), pemain pertahanan Jorge Fellipe (Sailors) dan penyerang Stipe Plazibat (Sailors) calon Anugerah Pemain Terbaik.



Anugerah Jurulatih Terbaik menyaksikan pemenang musim lalu Keiji Shigetomi (Albirex) dicabar Clement Teo (Hougang) dan Philippe Aw (Young Lions).



Jurulatih Sailors Kim Do-Hoon tidak layak disenaraikan sebab tidak memenuhi kriteria memimpin pasukan sekurang-kurangnya enam bulan.



Pemain midfield Sailors Saifullah Akbar akan mempertahankan Anugerah Pemain Muda Terbaik beliau, menentang rakan sepasukan Nur Adam Abdullah dan Ryoya Taniguchi (Albirex).



Calon muktamad dan pemenang anugerah Pemain Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Gol Terbaik dan Pasukan SPL Terbaik dipilih panel terdiri daripada ketua jurulatih, kapten, dan pengurus besar lapan kelab SPL, serta pengarah teknikal FAS Joseph Palatsides, ketua belia elit FAS Fandi Ahmad dan lima wakil media.



Laporan wartawan The Straits Times Kimberly Kwek mengenai pengorbanan pemain bola sepak wanita Singapura untuk bermain di Australia calon Anugerah Kisah Terbaik bersama dua lagi pesaing.



Dek langkah pengurusan selamat Covid-19, acara tahun ini akan hanya dihadiri hadirin tertentu, seperti pemenang dan penyampai anugerah serta kru penting acara.



Malam Anugerah FAS akan distrim dalam talian di laman Facebook dan saluran YouTube FAS mulai 7.30 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >