Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Alexis Mac Allister siap pindah ke Liverpool

Jun 7, 2023 | 2:25 PM
PEMAIN VERSATIL: Alexis Mac Allister yang mampu bermain di bahagian serangan dan midfield bakal berpindah ke Liverpool pada musim panas akan datang.
PEMAIN VERSATIL: Alexis Mac Allister yang mampu bermain di bahagian serangan dan midfield bakal berpindah ke Liverpool pada musim panas akan datang. - Foto Reuters

LONDON: Pemain Brighton, Alexis Mac Allister, siap untuk pindah ke Liverpool pada bayaran pemindahan £55 juta ($92.1 juta).

Ini selepas Brighton memberi kebenaran kepada pemain midfield itu untuk menjalani ujian perubatan.

Pemain asal Argentina itu memainkan peranan penting dalam kejayaan Brighton menduduki tempat keenam di Liga Perdana England (EPL) pada musim yang baru lalu, sekali gus layak ke Liga Europa buat kali pertama dalam sejarah 122 tahun mereka.

Mac Allister, 24 tahun, juga membantu negaranya menjulang trofi Piala Dunia pada Disember 2022.

Liverpool memerlukan pemain midfield memandangkan James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain akan meninggalkan kelab itu pada musim panas akan datang.

Mac Allister membuat 40 penampilan dan menjaringkan 12 gol, kebanyakannya dalam peranannya selaku penyerang dan kadangkala sebagai pemain midfield.

Enam golnya dijaringkan daripada tendangan penalti, satu hasil tendangan percuma dan baki lima gol hasil permainan terbuka bersama pasukan Brighton.

Bulan lalu pengurus Brighton, Roberto de Zerbi, berkata Mac Allister seorang pemain hebat yang layak bermain pada peringkat lebih tinggi.

Kemenangan 3-0 Brighton ke atas Liverpool pada pertengahan Januari lalu menyaksikan Mac Allister begitu menyerlah di tengah padang.

Mac Allister menyertai Brighton daripada Argentinos Juniors pada Januari 2019 dan kembali dipinjamkan ke kelab Buenos Aires itu tidak lama kemudian.

Beliau bermain buat kali pertama bagi Brighton perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers yang berakhir dengan seri pada Mac 2020 dan sejak itu telah membuat 112 penampilan untuk kelab tersebut, menjaringkan 20 gol.

Mac Allister bermain 16 kali bersama Argentina, termasuk enam perlawanan Piala Dunia di Qatar, dengan menjaringkan satu gol pada peringkat kumpulan semasa pasukan itu menewaskan Poland 2-0. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg