Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jaringan terakhir Benzema untuk Real Madrid

Jun 05, 2023 | 03:36 PM



MADRID: Penyerang Karim Benzema membuat penampilan terakhir buat kelabnya Real Madrid dengan satu jaringan, apabila mereka seri 1-1 dalam perlawanan terakhir musim La Liga ini menentang Athletic Bilbao.


Pemain berusia 35 tahun itu, yang merupakan penjaring kedua terbanyak dalam sejarah Real, menyempurnakan tendangan penaltinya selepas rakan sepasukan Eder Militao dijatuhkan dalam petak penalti.

Pada Ahad lalu, Real mengesahkan permainan terakhir Benzema selepas 14 tahun di Bernabeu sebelum beliau dilaporkan akan berpindah ke Arab Saudi.

Saluran televisyen Arab Saudi, Al-Ekhbariya, mendakwa Benzema telah menandatangani kontrak bersama pasukan Al-Ittihad, yang berpangkalan di Jeddah.


Jika benar, itu bermakna Benzema bakal bertemu bekas rakan sepasukannya di Real, Cristiano Ronaldo, yang bermain dengan Al-Nassr pada musim akan datang.

Menurut saluran itu lagi, presiden Al-Ittihad dan timbalannya berada di Madrid, ibu kota Sepanyol, bagi mendapatkan tandatangan rasmi Benzema dalam “satu rekod pemindahan bersama Real Madrid”.

Difahamkan bahawa Benzema telah menyetujui kontrak dua tahun bersama kelab itu.

Dalam perlawanan terakhir itu, Oihan Sancet menjaringkan gol buat pasukan pelawat pada minit ke-49, selepas penjaga gawang Real, Thibaut Courtois, berjaya menghalang percubaan awalnya.

Penjaga gawang asal Belgium itu turut berjaya menyelamatkan tendangan penalti Mikel Vesga menyusuli kesalahan Toni Kroos memegang bola dalam petak sendiri.

Sementara itu Rodrygo mensia-siakan peluang terbaik Real untuk memenangi perlawanan tersebut lewat dalam perlawanan, dengan percubaannya tersasar atas gawang lawan.

Benzema memainkan peranan kecil sepanjang perlawanan terakhirnya itu, namun jaringan penaltinya – yang dijaringkan menerusi tendangan ke tengah gawang – mengakhiri kerjaya hebatnya di Sepanyol, termasuk memenangi lima kejuaraan Liga Juara-Juara dan empat kejuaraan La Liga.

Penyerang asal Perancis itu digantikan dengan Luka Modric pada minit ke-74, dan meninggalkan padang dengan mendapat sorakan penonton tuan rumah.







Rakan sepasukannya, Viniscus Junior, yang berasal dari Brazil, memberi penghargaan buat Benzema.

“Apabila saya, yang bermain dengan Sao Goncalo sebelum ini dan seorang pemalu, tiba di Madrid pada 2018, andalah orang pertama menerima saya.

“Itu saya tidak akan lupakan. Saya membesar bersama anda. Kita menguasai Sepanyol, Eropah dan dunia bersama.

“Karim, kami akan merindui anda,” kata Junior, 22 tahun.

Benzema menyertai Madrid pada 2009 daripada kelab Ligue 1 Perancis, Lyon.

Beliau penjaring kedua terbanyak untuk Real dengan 353 gol, di belakang Ronaldo, yang menjaringkan 450 gol semasa bersama Real.

Marco Asensio, yang juga akan mengakhiri tempohnya bersama Real pada musim panas setelah bermain selama lapan tahun, mendapat sorakan serupa semasa ditukar sejurus sebelum perlawanan berakhir.

Namun, sorakan serupa tidak diterima Eden Hazard, pemain gantian perlawanan itu yang tidak digunakan, yang akan meninggalkan Real pada 30 Jun.

Real mengakhiri musim ini di belakang juara, Barcelona. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >