Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ambil alih Man U: ten Hag anggap nasib Chelsea satu pengajaran

May 25, 2023 | 12:34 PM



LONDON: Cabaran yang dihadapi Chelsea patut menjadi amaran kepada Manchester United sebelum kelab itu diambil alih pemilik baru, kata pengurus pasukan Erik ten Hag.


Chelsea kini dimiliki Todd Boehly sejak musim panas lalu dan telah membelanjakan lebih £600 juta ($1 bilion) dalam dua tempoh pemindahan pemain.

Namun Chelsea yang berada pada kedudukan ke-12 telah melalui musim yang sukar dan dijangka merekodkan jumlah keseluruhan mata terendah mereka dalam era Liga Perdana England (EPL).

“Anda perlu lakukan perkara yang betul,” kata ten Hag dengan pasukannya bakal menerima kunjungan Chelsea ke Old Trafford pada Jumaat.

Pada November 2022, keluarga Glazer mengumumkan bahawa mereka sedang menimbangkan kemungkinan menjual kelab Manchester United sedang mereka mengkaji strategi alternatif.

Pakar bank Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani dan Kumpulan Ineos Sir Jim Ratcliffe merupakan dua pihak yang sedang meninjau untuk membeli kelab Old Trafford itu.

Ten Hag yang merupakan asal Belanda menambah:

“Anda mungkin mempunyai wang tapi anda perlu lakukannya dan belanjakannya secara bijak dan anda perlu mempunyai strategi di sebaliknya - atau hadapi risiko semuanya tidak menjadi.

“Pada masa ini satu pusat yang mengumpulkan pemain yang baik, pengurus terbaik, dan juga wang, terletak di United Kingdom (UK). Itu yang menjadikan persaingan lebih menarik namun, mencabar dan sukar.

“Saya fikir terdapat banyak lagi pasukan dalam EPL yang cukup kuat.”

Angka pada Mac lalu menunjukkan United berhutang £969.6 juta menerusi satu kombinasi hutang kasar, pinjaman bank dan tunggakan yuran pemindahan dengan bayaran bersekutu.

Angka oleh Transfermarkt menunjukkan United berbelanja bersih £352.24 juta sepanjang tiga musim lalu.


Ini termasuk pembelian pemain midfield seperti Donn van de Beek dan penyerang Jadon Sancho, yang masih hadapi kesukaran menyesuaikan diri sejak berpindah daripada Ajax dan Borussia Dortmund.

“Saya fikir kami berada pada laluan yang baik tapi kami juga boleh belajar daripada musim ini, buat keputusan yang betul demi masa depan dan itulah apa yang akan kami lakukan selepas musim ini.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >