Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amorim belum puas hati dengan persembahan United

Jan 6, 2025 | 3:54 PM
Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, gembira dengan usaha yang diberi oleh pasukannya semasa perlawanan United menentang Liverpool pada 6 Januari.
Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, gembira dengan usaha yang diberi oleh pasukannya semasa perlawanan United menentang Liverpool pada 6 Januari. - Foto EPA-EFE

ANFIELD: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, cukup bangga dengan ketekunan yang dipamerkan pasukannya dalam perlawanan antara United dan Liverpool yang berakhir 2-2 pada 6 Januari.

Namun, beliau tetap berkata bahawa beliau tidak cukup puas hati dengan persembahan yang dihasilkan pasukannya.

Prestasi United tidak konsisten dan tidak menentu.

Hanya seminggu lepas Amorim mengakui pasukannya mungkin disingkirkan, tetapi mereka berjaya menghasilkan jaringan pertama United di Anfield sejak 2018 oleh Lisandro Martinez dan Amad Diallo, serta menghasilkan persembahan hebat menentang pasukan yang menduduki tempat teratas Liga Perdana England (EPL).

“Saya ingin melihat pasukan saya bermain dengan lebih baik lagi, tapi saya rasa yang paling penting untuk dibicarakan adalah pemikiran mereka. Itu adalah kunci kepada segalanya,” kata Amorim kepada wartawan.

“Kami pasukan yang berbeza, bukan disebabkan sistem, bukan disebabkan aspek teknikal atau taktik permainan ini.”

“Kami menghadapi perlawanan ini dengan cara yang kami patut lakukan setiap hari, latihan dan perlawanan. Tidak kira tempatnya... kami perlu hadapinya setiap hari sebegini,” jelas beliau.

Keputusan seri ini meletakkan United di tangga ke-13 EPL, 11 mata di belakang Manchester City yang menduduki tangga keenam, dan 13 mata di belakang Chelsea, yang menduduki tempat keempat.

Namun, keputusan ini ibarat kemenangan bagi penyokong United yang terpaksa bertahan dengan persembahan United yang mengecewakan kebelakangan ini.

Amorim gembira bahawa United tidak mempunyai perlawanan tengah minggu, kerana beliau akhirnya boleh menjalankan latihan penuh untuk seminggu sejak ketibaannya di United pada November.

“Sudah tentu, apabila anda berlatih, anda akan lebih faham cara kami bermain, posisinya, perwatakan rakan sepasukan dan perkara ini amat penting. Namun, saya tidak mahu gunakannya sebagai sebab (kenapa prestasi pasukannya meningkat),” kata Amorim. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg