Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amorim: Man U perlu tingkat prestasi walau menang

Jaringan Lisandro Martinez bantu United tewaskan Fulham 1-0
Jan 27, 2025 | 12:56 PM
Pemain pertahanan Manchested United, Lisandro Martinez (kanan), meraikan gol kemenangan United menentang Fulham pada 27 Januari. Kemenangan 1-0 itu sangat bermakna bagi United memandangkan prestasi mereka yang hambar baru-baru ini.
Pemain pertahanan Manchested United, Lisandro Martinez (kanan), meraikan gol kemenangan United menentang Fulham pada 27 Januari. Kemenangan 1-0 itu sangat bermakna bagi United memandangkan prestasi mereka yang hambar baru-baru ini. - Foto REUTERS

LONDON: Ruben Amorim meraikan kejayaan pasukannya mengelak pintu golnya dibolosi lawan sepanjang perlawanan berlangsung, dalam kemenangan 1-0 Manchester United ke atas Fulham pada 27 Januari.

Namun beliau tidak meremehkan keperluan pasukan bimbingannya untuk tingkatkan prestasi mereka walaupun berjaya peroleh tiga mata penting.

Jaringan Lisandro Martinez memberi sedikit ketenangan kepada Amorim, yang hanya memenangi empat daripada 12 perlawanan Liga Perdana England (EPL).

United kini menduduki tangga ke-12, 13 mata lebih daripada pasukan yang menduduki tempat tiga terendah EPL.

Perlawanan tersebut tidak akan membuat pemilik bersama United, Jim Ratcliffe, optimistik, tetapi kemenangan tersebut membantu melenyapkan sebarang tanggapan bahawa United terpaksa bertarung untuk kekal di EPL.

“Ia bukan perlawanan yang hebat dan anda dapat merasakannya,” kata Amorim.

“Kami cuba mengawal perlawanan, tetapi kami tahu kami perlu baiki prestasi.”

“Ia sangat penting (berjaya elak pintu gol daripada dibolosi) kerana ia membawa United lebih dekat kepada kemenangan dan memberi keyakinan.

“Kami tidak dicabar hari ini dan itu tanda yang baik. Bukan sekadar menang, tetapi cara kami bertahan.”

Fulham memulakan perlawanan dengan lebih baik, tetapi mereka gagal mengancam barisan pertahanan United dengan berkesan sepanjang perlawanan.

Andre Onana kekal menjadi pilihan Amorim untuk bermain walaupun selepas kesilapan beliau bagi jaringan ketiga Brighton dalam kemenangan 3-1 Brighton ke atas United pada 19 Januari.

Ia mengambil masa hampir satu jam bagi United untuk mula mengancam Fulham apabila tendangan percuma Bruno Fernandes melepasi pertahanan Fulham dan nyaris-nyaris masuk gawang, tetapi terlepas sasaran.

Kemunculan semula Rasmus Hojlund kepada kesebelasan utama merupakan satu daripada lima perubahan yang dilakukan Amorim kepada pasukannya yang telah berjaya mendapatkan kemenangan Liga Eropah 2-1 ke atas Rangers pada 24 Januari.

Namun, Hojlund meneruskan ketandusan gol beliau kepada 11 perlawanan apabila beliau gagal mengancam Fulham dan beliau akhirnya diganti Joshua Zirkzee.

United perlu bergantung kepada nasib sekali lagi untuk membuka tirai perlawanan.

Martinez menyepak bola dari jarak jauh dan dalam usaha Sasa Lukic untuk menghalang Martinez, bola tersebut terkena Sasa dan malangnya sentuhan tersebut menyebabkan bola melepasi penjaga gawang mereka, Bernd Leno.

“Saya rasa saya bernasib baik, tetapi ini merupakan kemenangan yang penting,” kata Martinez.

“Ia sangat bermakna. Bukan hanya kepada penyokong, tetapi bagi kita juga kerana telah melalui banyak cabaran.”

Ramai yang rasakan bahawa Fulham sepatutnya menyamakan kedudukan apabila kelemahan United menangani tendangan sudut didedahkan sekali lagi.

Joachim Andersen berjaya menanduk bola melepasi Onana, tetapi percubaan beliau dihalang oleh Toby Collyer sebelum ia berjaya melepasi garis gawang United.

Namun, United berpeluang menggandakan kelebihan mereka dalam masa tambahan apabila Amad Diallo menjaringkan gol, tetapi ia dibatalkan selepas semakan video penolong pengadil (VAR).

Kekalahan ini menyekat impian Fulham untuk bermain bola sepak Eropah, kerana mereka kini menduduki tangga ke sepuluh, tujuh mata kurang berbanding enam pasukan teratas. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg