Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mungkinkah United lepaskan Garnacho dek kekangan kewangan?

Pemain sayap digemari peminat namun kelab dalam bahaya langgar peraturan jika kos operasi tidak dikurangi
Jan 24, 2025 | 5:15 PM
Menjual Alejandro Garnacho boleh membantu Manchester United membawa masuk beberapa pemain yang sesuai dengan sistem jurulatih Ruben Amorim, daripada melatih semula  pemain yang dilatih dan dibentuk oleh jurulatih lalu.
Menjual Alejandro Garnacho boleh membantu Manchester United membawa masuk beberapa pemain yang sesuai dengan sistem jurulatih Ruben Amorim, daripada melatih semula pemain yang dilatih dan dibentuk oleh jurulatih lalu. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Manchester United semakin mara ke pusingan 16 terakhir Liga Europa, namun masih tidak pasti sama ada Alejandro Garnacho dan Marcus Rashford akan kekal bersama kelab itu pada pusingan tersebut berterusan.

Ketua jurulatih Ruben Amorim berkata selepas kemenangan dramatik 2-1 ke atas Rangers di Old Trafford bahawa beliau “tidak tahu apa yang akan berlaku” sebelum jendela perpindahan ditutup pada 3 Februari.

Terdapat desas-desus mengenai beberapa pemain United, termasuk pemain Brazil, Antony, yang dikaitkan dengan pinjaman kepada kelab Sepanyol, Real Betis, dan pemain pertahanan Belanda, Tyrell Malacia, yang sedang mencari kesempatan memulakan semula kerjayanya selepas mengalami kecederaan teruk.

Tetapi Garnacho dan Rashford adalah pemain yang paling menarik perhatian.

Sedang Rashford sekali lagi diabaikan Amorim, melanjutkan ketidakhadirannya di padang sejak perlawanan Liga Europa menentang Viktoria Plzen pada 12 Disember, Garnacho memulakan perlawanan buat kali ketiga dalam empat perlawanan dan dua kali hampir menjaringkan gol pertamanya sejak 28 November.

Menjual Garnacho boleh membantu United membawa masuk beberapa pemain yang sekurang-kurangnya sesuai dengan sistem Amorim, daripada melatih semula pemain yang dilatih dan dibentuk oleh jurulatih lalu.

Louis van Gaal yang melatih United selama dua tahun dari 2014 digantikan oleh Jose Mourinho pada 2016.

Mourinho juga hanya bertahan dua tahun di United. Sejak pemergian Mourinho, United mengalami penggantian jurulatih sebanyak enam kali.

Chelsea dan Napoli sama-sama menyatakan minat terhadap pemain Argentina berusia 20 tahun itu.

United tidak menjawab soalan mengenai tawaran Chelsea yang dikatakan sekitar £60 juta ($100.2 juta), jumlah yang United mahu.

Kelab itu menerima fakta mengenai situasi peraturan keuntungan dan kemampanan (PSR) mereka yang ketat dan mereka telah menulis kepada sebuah kumpulan penyokong terkemuka untuk mengakui mereka berada dalam bahaya melakukan pelanggaran jika kos operasi tidak dikurangkan.

Di bawah peraturan PSR, menjual pemain tempatan seperti Garnacho mewujudkan lebih banyak ruang dalam strategi mereka.

Namun, United tahu tindakan itu akan merugikan mereka kerana peminat gemar Garnacho dan berulang kali melaungkan nama pemain antarabangsa Argentina itu semasa kemenangan ke atas Rangers.

“Saya fikir dia bertambah baik dalam setiap aspek permainan, dia lebih baik hari ini bermain di dalam, juga di luar, menukar posisi, dia meningkatkan kedudukan pulih. Kadang-kadang dia menunjukkan sedikit kekecewaan dan itu bagus kerana dia mahu lebih. Dia berpotensi untuk menjadi lebih baik dalam setiap situasi dalam permainan.”

Dibeli daripada Atletico Madrid pada 2020, Garnacho membuat 118 penampilan bersama pasukan utama United sejak membuat penampilan sulung pada 2022 dan menjaringkan 23 gol.

Beliau menjaringkan lapan gol dalam 32 penampilan musim ini, tetapi dengan perlawanan seterusnya United adalah pada 2 Februari, iaitu sehari sebelum penutupan jendela perpindahan, apakah beliau sebenarnya sudah pasti meninggalkan Old Trafford?

Bekas pemenang Liga Juara-Juara United, Rio Ferdinand, memberitahu TNT Sports: “Penyokong menyatakan perasaan mereka dengan sangat jelas. Mereka menyayanginya. Beliau membuat anda berada di tepi kerusi anda.

“Saya rasa beliau tidak akan mengambil inisiatif untuk meninggalkan United. Saya rasa beliau bukan jenis orang yang akan dengan lantang berkata: ‘Saya mahu pergi’.

“Tetapi sistem di United kini tidak memihak kepadanya. Amorim tidak bermain dengan pemain sayap yang bergerak menyerang secara luas dengan sedikit tanggungjawab pertahanan. Itu akan menjadi salah satu sebab utama mereka mungkin menerima tawaran kelab lain.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg