Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amorim: Pemain United hanya boleh keluar jika ada pengganti

Dec 26, 2025 | 3:55 PM
bola sepak, Man U, Amorim
Ruben Amorim menyatakan Manchester United mungkin menandatangani pemain baru pada Januari, tetapi bukan Antoine Semenyo daripada Bournemouth yang dijangka menyertai Manchester City. - Foto REUTERS

LONDON: Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, tidak bersedia membenarkan mana-mana pemain meninggalkan kelab itu semasa tempoh pemindahan Januari ini, melainkan ada pemain pengganti yang tiba.

Kobbie Mainoo dan Joshua Zirkzee kedua-duanya ingin mendapatkan peluang bermain dengan lebih kerap pada separuh kedua musim ini. Mainoo masih mahu dipinjamkan (ke kelab lain), manakala Zirkzee mungkin kembali ke Italy.

Namun, walaupun skuadnya akan diperkuat pada pertengahan Januari 2026 dengan kembalinya kapten Bruno Fernandes selepas pulih, selain Bryan Mbeumo, Amad Diallo dan Noussair Mazraoui daripada Piala Negara-Negara Afrika, Amorim tetap merasakan skuadnya tidak cukup untuk menampung sebarang kehilangan pemain.

“Akan sukar bagi seseorang untuk meninggalkan kelab jika kita tidak mendapat pengganti,” katanya.

“Kami kekurangan pemain. Walaupun dengan skuad penuh, kami tidak cukup bersedia untuk menghadapi apa-apa yang boleh berlaku.”

“Kami adalah kelab yang mempunyai tanggungjawab besar. Kami menangani semua isu ini dan di media, dalam kepala saya, dalam kepala semua orang, kami perlu menang setiap perlawanan. Tidak kira apa. Tiada alasan.”

Amorim akan kehilangan tujuh pemain senior bagi perlawanan 26 Disember menentang Newcastle United.

Mainoo masih diketepikan kerana kecederaan betis, manakala pemain pertahanan Matthijs de Ligt dan Harry Maguire juga tidak dapat diturunkan kerana cedera.

Amorim telah menyatakan bahawa United mungkin menandatangani pemain baru pada Januari, tetapi ia bukan Antoine Semenyo daripada Bournemouth yang dijangka menyertai Manchester City.

Secara teori, membawa masuk pemain tengah untuk menggantikan Zirkzee atau Mainoo boleh membantu United dalam usaha mereka mengejar tempat untuk kelayakan Eropah pada separuh kedua musim ini.

Namun, dari segi kewangan, kehilangan Mainoo mungkin tidak berbaloi kerana pengganti yang masuk mungkin menerima gaji tiga atau empat kali ganda daripada gaji Mainoo yang berusia 20 tahun.

Jika Mainoo gagal cergas cepat, pemain muda antarabangsa England berusia 18 tahun, Jack Fletcher, akan bersaing di tengah padang bersama Casemiro, Mason Mount dan Manuel Ugarte sepanjang tempoh Hari Natal dan Tahun Baru.

Namun, Amorim tetap berpegang pada pendapatnya bahawa tiada gunanya menandatangani pemain jika mereka bukan sebahagian daripada visi jangka panjang.

“Kami sedang berjuang pada masa ini, tetapi kelab mempunyai pelan dan kami akan berpegang teguh dengan pelan itu,” katanya.

“Jika kami berpeluang bawa masuk pemain yang kami rasa akan jadi masa depan kelab, (dia) akan datang. Jika tidak, kami ada Jack (Fletcher), Shea (Lacey) – dalam tiga minggu lagi kami akan ada Amad, Noussair, Bryan, serta kembalinya Bruno dan Mainoo.”

Amorim tidak memberikan kemas kini mengenai status kontrak Casemiro dan Maguire. Mereka berdua boleh berbincang dengan kelab baru mulai 1 Januari.

Beliau percaya prestasi Casemiro dalam latihan menunjukkan bahawa kapten Brazil itu tidak akan mengurangkan usahanya menjelang penghujung kerjayanya di United, kecuali jika beliau menerima pengurangan besar dalam gajinya sebanyak 300,000 paun sterling seminggu.

Mainoo sepatutnya belajar daripada bekas pemain Real Madrid itu, namun akhirnya beliau perlu bersaing dengannya untuk merebut tempat di tengah padang, dan Casemiro jelas menjadi pilihan Amorim.

Namun, walaupun terpaksa mempertahankan dirinya berkali-kali kerana tidak menggunakan Mainoo secara lebih kerap, Amorim percaya bahawa bakat muda dari akademi United itu akan menjadi antara pemain utama masa depan kelab. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg