Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rogers pamer aksi cemerlang kekalkan Aston Villa dalam persaingan EPL

Dec 22, 2025 | 1:29 PM
Pemain Aston Villa, Morgan Rogers, menjaringkan gol pertama pasukannya menentang Manchester United pada 21 Disember.
Pemain Aston Villa, Morgan Rogers, menjaringkan gol pertama pasukannya menentang Manchester United pada 21 Disember. - Foto REUTERS

LONDON: Morgan Rogers menggelar pengurus kelab Aston Villa, Unai Emery, sebagai seorang yang “amat pintar”, namun kebijaksanaan Rogers sendiri di atas padang menjadi kunci kepada prestasi terbaik Aston Villa dalam tempoh lebih satu abad.

Villa meneruskan rentak kemenangan kepada 10 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Ia merupakan pencapaian terbaik mereka sebagai kelab liga utama sejak 1914, selepas menewaskan Manchester United 2-1 pada 21 Disember.

Rogers menjaringkan kedua-dua gol Villa, termasuk satu jaringan pembukaan yang cukup hebat, sekali gus mempamerkan aksi cemerlang.

Sumbangannya untuk kelabnya telah menempatkan beliau sebagai calon penting dalam perancangan Piala Dunia ketua jurulatih England, Thomas Tuchel.

Rogers kini telah menjaringkan 21 gol dalam semua pertandingan sejak permulaan musim lalu.

Pada usia 23 tahun, beliau merupakan pemain termuda yang menjaringkan 20 gol atau lebih untuk pasukan liga utama dalam tempoh tersebut.

Emery berkata Rogers ialah ‘pejuang’ Villa yang kini meraih ganjaran di atas padang hasil usahanya.

“Rogers seorang pemain yang hebat dan bekerja keras. Beliau sedang meningkatkan tahap profesionalnya ke peringkat yang sangat tinggi.

“Beliau memulakan musim tanpa banyak angka gol tetapi bermain dengan baik, sentiasa menunjukkan sikap positif, dan akhirnya menjaringkan gol,” tambah Emery.

Rogers menjaringkan gol terbanyak untuk Villa dalam Liga Perdana England (EPL) dengan tujuh gol, termasuk empat gol dalam dua perlawanan terakhirnya.

Malah, beliau menjadi pemain Villa pertama yang menjaringkan dua gol atau lebih dalam dua penampilan EPL berturut-turut sejak Dion Dublin pada November 1998.

Bekas penyerang United, Wayne Rooney, berkata Rogers “benar-benar menyerlah” sepanjang sebulan lalu.

“Dari segi fizikal, beliau pemain yang kuat. Beliau membawa bola dengan baik dan menjaringkan gol-gol yang hebat,” kata Rooney.

“Beliau bermain dengan sangat baik. Jelas sekali beliau telah menjadi pemain utama Aston Villa.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg