Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amorim: Penyokong wajar terima yang terbaik dari Man U

Mar 10, 2025 | 4:04 PM
Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, mengakui bahawa penyokong pasukan itu berhak berasa kecewa dengan prestasi kelab dan menegaskan bahawa pasukannya tidak akan lagi bermain dengan gaya yang hambar di masa depan.
Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, mengakui bahawa penyokong pasukan itu berhak berasa kecewa dengan prestasi kelab dan menegaskan bahawa pasukannya tidak akan lagi bermain dengan gaya yang hambar di masa depan. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Penyokong Manchester United berhak mendapat lebih daripada yang ditunjukkan oleh pasukan mereka, kata pengurus kelab, Ruben Amorim, selepas keputusan seri 1-1 menentang Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada 10 Mac.

Sebelum perlawanan itu berlangsung, beberapa ribu penyokong telah mengadakan bantahan di luar Stadium Old Trafford.

Kebanyakan mereka yang berpakaian serba hitam berarak ke stadium membantah pemilikan United, yang dikecam akibat prestasi pasukan yang mengecewakan di padang serta kenaikan harga tiket dan kehilangan pekerjaan.

Mereka melaungkan slogan dan membawa sepanduk, salah satunya bertulis:

Love United, Hate Glazers (Sayang United, Benci Glazers)“ yang merujuk kepada pemilik United dari Amerika Syarikat, iaitu keluarga Glazer.

Dianjurkan oleh organisasi peminat, The 1958, bantahan itu menandakan lebih setahun sejak jutawan Britain, Jim Ratcliffe, menandatangani perjanjian untuk membeli 25 peratus saham United.

“Kelab ini tidak akan hilang, itu jelas. Anda merasakan suasananya di luar sana.

“Ini merupakan satu perniagaan yang besar dan mungkin semua peminat dalam liga ini kadangkala rasa ia lebih sukar untuk pergi ke perlawanan dan membayar tiket,” kata Amorim selepas perlawanan menentang Arsenal pada 10 Mac.

“Kami (pasukan) ingin membuktikan kepada penyokong bahawa kami sudah banyak berusaha. Pada masa hadapan, kami tidak akan bermain seperti itu.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg