Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Andros Townsend berlatih dengan Burnley

Jul 11, 2023 | 3:19 PM
EJEN BEBAS: Andros Towsend, yang kini seorang ejen bebas setelah kontraknya bersama Everton tamat, sedang berlatih dengan Burnley.
EJEN BEBAS: Andros Towsend, yang kini seorang ejen bebas setelah kontraknya bersama Everton tamat, sedang berlatih dengan Burnley. - Foto REUTERS

LONDON: Andros Townsend, yang telah meninggalkan Everton sebagai ejen bebas selepas kontraknya tamat, kini sedang berlatih dengan Burnley.

Adalah difahamkan bahawa Townsend mungkin boleh bermain untuk Burnley, yang juga dikenali sebagai The Clarets, pada musim akan datang.

Townsend, 31 tahun, yang pernah bermain untuk Tottenham Hotspur, Crystal Palace dan Newcastle sebelum ini, kali terakhir beraksi dalam perlawanan bola sepak pada Mac 2022. Pemain sayap itu terlepas keseluruhan musim lalu kerana kecederaan lutut.

Pengurus Burnley, Vincent Kompany, telah membantu kelab itu menjuarai liga Championship musim lalu. Ini bermakna Burnley akan bertanding dalam Liga Perdana England (EPL) pada musim depan.

Untuk memperkukuhkan skuad mereka, Burnley sedang berusaha untuk meminjam pemain pertahanan Borussia Dortmund, Soumalia Coulibaly, selama satu musim. Beliau dijadualkan menjalani pemeriksaan perubatan dengan Burnley pada Isnin.

The Clarets juga dijangka mendapatkan khidmat penjaga gol bagi pasukan England Bawah 21 Tahun, James Trafford, daripada juara EPL musim lalu, Manchester City.

Burnley telah pun bersetuju perjanjian bernilai £15 juta ($26 juta) dengan Manchester City untuk Trafford. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg