Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ashley Young setuju sertai Everton

Jul 11, 2023 | 2:43 PM
CAPAI PERSETUJUAN: Ashley Young telah bersetuju menyertai Everton selepas kontraknya bersama Aston Villa tamat pada musim panas ini.
CAPAI PERSETUJUAN: Ashley Young telah bersetuju menyertai Everton selepas kontraknya bersama Aston Villa tamat pada musim panas ini. - Foto REUTERS

LONDON: Ashley Young telah bersetuju menyertai Everton selepas meninggalkan Aston Villa pada musim panas ini kerana kontrakyna bersama kelab itu tamat.

Beliau dijadualkan menjalani pemeriksaan perubatan pada Selasa.

Sebelum bersetuju menyertai Everton, adalah difahamkan Young telah berbincang dengan Luton yang akan bermain di Liga Perdana England (EPL) musim depan selepas memenangi pusingan playoff Liga Championship musim lalu.

Terdapat juga beberapa kelab dari Arab Saudi yang berminat menandatangani pemain berusia 38 tahun itu.

Pemain England itu telah memenangi EPL dan Piala FA bersama Manchester United, serta gelaran Serie A bersama Inter Milan. Young juga memenangi Liga Europa dan Piala Liga bersama United dan mebuat 39 penampilan untuk England.

Beliau merupakan sebahagian pasukan England yang ditewaskan Croatia di peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018.

Secara keseluruhan, Young telah bermain lebih 700 perlawanan buat kelab dan negara, termasuk 32 penampilan untuk Villa musim lalu.

Bek sayap itu akan menjadi pembelian pertama Everton di bawah pengurus Sean Dyche.

Dyche, yang sebelum ini mengurus Burnley, mengambil alih sebagai pengurus Everton pada Januari, menggantikan Frank Lampard yang dipecat.

Beliau berjaya menyelamatkan kelab barunya daripada tersingkir kepada liga Championship musim lalu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg