Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Andy Murray tersingkir dalam pusingan kedua

Sep 01, 2023 | 01:49 PM



NEW YORK: Andy Murray berkata beliau mungkin terpaksa menerima hakikat dirinya perlu menunggu lebih lama sebelum dapat melangkah jauh dalam Grand Slam apabila beliau tewas dalam pusingan kedua Terbuka Amerika.


Murray, 36 tahun yang merupakan bekas pemain nombor satu dunia, tewas 6-3 6-4 6-1 kepada Grigor Dimitrov di New York.

Murray yang kini pemain ke-37 dunia, belum dapat melangkah ke pusingan 16 pemain terbaik dalam satu pertandingan utama sejak menyambung kerjayanya menyusuli pembedahan pinggul pada 2019.

“Amat mencabar untuk bermain pada tahap tertinggi ini.

“Pastinya saya berasa kecewa kerana tidak dapat bermain pada tahap yang saya inginkan.

“Mungkin saya perlu terima hakikat bahawa apa yang saya harap saya mampu lakukan, mungkin belum kesampaian,” kata Murray.

Meskipun begitu Murray masih terus mengharap dirinya mampu capai kemuncak dalam musim kali ini sedang juara Grand Slam tiga kali itu kian mencapai ke akhir kerjayanya.

Pemain asal Scotland itu berjaya melangkah ke pusingan ketiga Terbuka Australia pada Januari, selepas tidak menyertai Terbuka Perancis, dan tewas dalam pertandingan Wimbledon dalam pusingan kedua pada Ogos.

Meskipun terkilan dengan keputusan-keputusan tersebut, Murray masih lagi meneruskan rentak persembahan baik dan baru-baru ini berjaya mencapai ranking tertingginya sejak beliau kembali bersaing empat tahun lalu.

“Saya masih nikmati segala yang saya lalui kini.

“Saya gemar bekerja, latihan yang saya lalui dan berusaha memperbaiki dan sentiasa capai yang terbaik,” kata Murray yang mencapai final di Doha pada Februari lalu dan telah memenangi tiga kejuaraan dalam peringkat kedua ATP Challenger Tour tahun ini.

“Itu yang memberi saya dorongan.

“Sekiranya saya berhenti daripada melakukan apa yang saya gemari – maka keputusan saya, ranking saya dan segalanya akan mula menjunam.

“Beberapa bulan lalu saya berada pada kedudukan ke-60 dunia tapi kini kedudukan bertambah baik,” tambahnya.

Selepas pulih daripada kecederaannya, Murray bermain baik dalam pusingan pembukaan dengan menewaskan Corentin Moutet dari Perancis.

Namun tahap persembahannya merosot semasa menentang Dimitrov. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >