Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Andy Murray tewas di Basel dalam perlawanan sengit

Oct 26, 2023 | 04:38 PM



BASEL (Switzerland): Pemain asal Britain, Andy Murray, gagal melangkah ke peringkat suku akhir pertamanya dalam Kejohanan ATP sejak Februari selepas pemain asal Argentina, Tomas Martin Etcheverry berjaya menundukkannya dalam satu perlawanan sengit.


Murray, 36 tahun, cuba kembali bermain dengan lebih mantap selepas menang set pertama dalam 76 minit.

Namun beliau tetap tewas kepada pemain dalam ranking ke-32 dunia itu dengan keputusan 6-7 (5-7), 6-3, 6-2 dalam masa tiga jam.

Sementara itu, Cameron Norrie juga dari Britain, tewas 6-2, 6-4 kepada pemain kelima dunia dari Jerman, Alexander Zverev dalam perlawanan pusingan kedua di Vienna.

Murray yang merupakan bekas pemain ranking pertama dunia telah bermain dalam beberapa perlawanan yang mengambil masa agak lama dalam musim kali ini.

Ini termasuk perlawanannya menentang Etcheverry.

Selepas beliau cuba menentang Etcheverry yang ketika itu mendahului 3-0, Murray mempamerkan semangat lawannya serta daya tahannya untuk membawa lawannya itu ke rali lama dalam set pembukaan.

Murray terus mengekori lawannya dalam tie-break sebelum menghasilkan satu mata hasil pukulan lintangnya selain mengambil peluang dengan pukulan voli sebelum mendahului dalam set pertama.


Selepas ketinggalan dalam set kedua, Murray tidak dapat memanfaatkan tiga mata break sedang Etcheverry bertahan selama 16 minit dalam permainan ketujuh – yang dianggap penting dalam memastikan perlawanan dibawa ke set penentu.


Hampir dua jam setengah kemudian, dan dengan kededua pemain memerlukan masa untuk berehat sebelum Murray akhirnya tumpas kepada empat mata break dalam satu lagi perlawanan pembukaan yang lama.


Murray terus memberi tekanan kepada lawannya yang berusia 24 tahun itu namun beliau sendiri yang menjadi penat sehinggakan beliau menghempaskan raketnya ke lantai gelanggang memandangkan dirinya tidak dapat menghasilkan sebarang peluang.

Etcheverry memanfaatkan tiga perlawanan terakhir sehingga Murray tewas.

Kekalahan keempat daripada lima buat Murray itu jelas mengecewakan bagi pemain perseorangan Britain.

Norrie, yang diletakkan dalam ranking teratas dalam negaranya, sudah lama menghadapi cabaran sejak beberapa bulan ini dan tidak mempunyai mutu yang mencukupi untuk menguji pemain Zverev.

Perbezaan dalam prestasi servis merupakan faktor utama, dengan Norrie hanya memanfaatkan 54 peratus daripada servis pertamanya sedangkan pemain tempat kedua Terbuka Amerika 2020, Zverev, lebih kuat dan tepat dalam permainannya.

Kecederaan lutut yang dialami merupakan satu lagi kebimbangan buat Norrie. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >