Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ange Postecoglou mampu bawa Spurs ke era baru

Jun 07, 2023 | 04:20 PM



LONDON: Pelantikan Ange Postecoglou selaku pengurus Tottenham Hotspur baru mungkin bukan pilihan berprofil tinggi yang diinginkan sesetengah peminat pasukan itu, namun kehadirannya mungkin mampu menjadi ‘pengubat’ kepada kelab yang perlukan arah baru.


Beliau merupakan warga Australia pertama dilantik mengurus pasukan Liga Perdana England (EPL) itu dan paling penting sekali, memperkukuh keseluruhan skuad pasukan itu – yang mungkin tidak melibatkan penyerang berbisa, Harry Kane.

Karyawan berusia 58 tahun itu perlu menyuntik sikap positif dan memupuk pemain agar lebih rajin selain menghasilkan corak permainan menyerang – sesuatu yang amat diinginkan para peminatnya sejak pengurus lama, Mauricio Pochettino, meninggalkan kelab itu.

Postecoglou mempunyai rekod membangunkan semula skuad yang kemudian menjuarai liga di Australia, Jepun dan terkini mencapai tiga kejuaraan atau treble untuk pasukan Celtic di Scotland.


Beliau juga mempunyai komitmen untuk menyuntik corak permainan bola sepak yang dinamik, lebih menyerang dan bertenaga agar lebih seronok semasa ditonton dan pada masa yang sama mempunyai tujuan besar.

Bekas pemain Brisbane Roar, Matt Smith, yang memenangi kejuaraan berulang di bawah pengurusan Postecoglou berkata jurulatih itu bukan sekadar selesa dengan kemenangan, malah sentiasa “inginkan perubahan kepada corak bola sepak Australia”.

“Kekuatan Ange terletak kepada kemampuannya membawa para pemain dalam perjalanan itu dan yakin dengan apa yang beliau lakukan,” kata bekas kapten Brisbane Roar.

“Beliau tidak memberi sebarang ruang kepada para pemain yang enggan mematuhinya.

“Beliau tidak pernah buat kami rasa selesa, sebaliknya kami sentiasa terdorong untuk memberikan persembahan yang lebih baik, sentiasa membina, sentiasa bekerja lebih keras.

“Tidak kira jika anda pemain paling hebat atau paling muda – sekiranya anda tidak kerja keras atau patuh dengan prinsipnya, beliau akan ambil tindakan,” katanya lagi.

Selepas memenangi Piala Asia bersama pasukan Australia, Postecoglou mencipta legasi serupa di Jepun.

Beliau mengambil alih memimpin Yokohama F Marinos yang ketika itu menghadapi ‘krisis identiti’ dan mengubah pasukan Liga Jepun itu menjadi juara.

“Ange benar-benar menetapkan tujuan kepada kelab itu,” kata wartawan sukan Japan Times, Dan Orlowitz.


“Ia merupakan corak bola sepak segar yang belum pernah dilihat liga ini.

“Meskipun Yokohama F Marinos sedang merana berikutan keputusan kurang memberangsangkan pada 2018, amat jelas bahawa para pemain dan Ange sendiri percaya akan apa yang beliau lakukan.

“Para peminat juga percaya akan beliau, dan sepanjang setahun kemudian beliau melepaskan para pemain yang tidak sesuai untuk corak sistem yang diketengahkannya, dan membawa masuk para pemain yang lebih layak.

“Hasilnya, mereka menjadi juara pada 2019.

“Seperti juga yang anda lihat kepada pasukan Celtic.

“Bukan sekadar 11 pemain, tapi 11 penyerang, sebuah pasukan yang berdisiplin dan lancar dan tanpa henti dalam corak permainan mereka.

“Para peminat pasukan Yokohama F Marinos begitu meminatinya dan para peminat lawan menghormatinya kerana mereka begitu seronok menonton pasukan bimbingannya,” kata beliau lagi.

Yang pasti ke mana sahaja perjalanan bola sepak Postecoglou, beliau berjaya menyepikan segala kritik yang dilempar terhadapnya.

Beliau tidak dikenali para peminat Celtic semasa tiba di Glasgow, Scotland, dua tahun lalu.

Namun apabila perpisahannya diumumkan, selepas memenangi lima daripada enam trofi domestik, ketua eksekutif kelab itu, Michael Nicholson, melabelkan warga Australia itu sebagai pengurus terhebat bola sepak dan seorang yang baik.

“Beliau memahami apa yang membuat pemain itu hebat, beliau dihormati, beliau juga menyerlah.

“Beliau seorang yang memberi dorongan dan mempunyai rekod baik dalam pemindahan pemain di pasaran,” kata ketua penulis sukan BBC Sport, Tom English.


“Mantranya adalah usah berhenti. Beliau mempunyai inspirasi dan gemarkan satu projek baru yang dapat membina kejayaan daripada awal,” tambahnya.

Malah pemilik Tottenham, Daniel Levy, akur bahawa Postecoglou mempunyai rekod kukuh dalam membangunkan sebuah skuad pemain dan faham akan pentingnya kaitan dengan akademi kelab tersebut.

Di Tottenham, satu cabaran yang akan dihadapi Postecoglou adalah menentukan pemain mana, termasuk yang pulang daripada dipinjamkan, layak bermain dalam sistem yang diinginkannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >