Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anjur Piala Dunia dua tahun sekali boleh kembangkan bola sepak: Wenger

Sep 11, 2021 | 5:30 AM
YAKIN PELAN HARUS DISOKONG: Wenger berkata pelan baru yang diketengahkan harus disokong kelab-kelab bola sepak. - Foto REUTERS
YAKIN PELAN HARUS DISOKONG: Wenger berkata pelan baru yang diketengahkan harus disokong kelab-kelab bola sepak. - Foto REUTERS -

LONDON: Arsene Wenger berkata beliau 100 peratus yakin rancangannya untuk membentuk kalendar perlawanan antarabangsa baru berdasarkan Piala Dunia yang diadakan dua tahun sekali adalah cara terbaik untuk mengembangkan sukan itu.

Penganjur liga-liga utama di Eropah telah menyuarakan tentangan ke atas pelan Wenger itu dan presiden La Liga di Sepanyol Javier Tebas berkata pelan itu adalah ancaman kepada tradisi keseluruhan bola sepak sedunia.

Sejak minggu lalu, Wenger, yang lebih dikenali sebagai bekas pengurus Arsenal, telah berhubungan dengan beberapa bekas pemain terkenal di Doha, dalam peranannya sebagai Ketua Pembangunan Bola Sepak di Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Dalam pertemuan itu, beliau menggariskan pelan yang dianggapnya wajar untuk mencetus perubahan struktur yang diperlukan untuk mengurangkan bilangan perlawanan dan perjalanan ulang-alik yang diperlukan di peringkat bola sepak elit.

Pada masa yang sama, Wenger berkata perubahan itu akan menawarkan perlawanan bola sepak yang lebih bermakna.

"Saya 100 peratus yakin ini adalah huraian yang terbaik.

"Dalam bola sepak, jika kita tidak layak beraksi dalam pertandingan besar, kita harus beraksi dalam pertandingan lebih kecil... jangan sangka kita tidak akan berpeluang langsung untuk beraksi.

"Bagi saya, pelan baru ini selaras dengan peruntukan 80-20 antara kelab dengan bola sepak antarabangsa... dan saya akan memberi persetujuan dengan segera jika saya mewakili sebarang kelab," kata Wenger lagi.

Selain mengubah jadual Piala Dunia daripada empat tahun sekali kepada dua tahun sekali, Wenger ingin mengadakan pertandingan peringkat benua, termasuk Kejuaraan Eropah (Euro) dua tahun sekali.

Beliau juga mengusul supaya diadakan dua tempoh perlawanan antarabangsa pada Oktober dan Mac, serta tempoh rehat yang dijamin bagi pemain selepas kejohanan utama. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg