Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

REVIU LIGA PERDANA ENGLAND (EPL): WEST BROM VS ARSENAL

Antara tak mantap dan terkial-kial

Arteta akui rasa cabaran berat, Allardyce akui pasukan selalu lemah awal perlawanan
Jan 02, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Selepas menamatkan kemarau tujuh perlawanan tanpa kemenangan dengan mengalah Chelsea minggu lalu, Arsenal telah mula menampakkan tanda mereka kini kembali ke landasan tepat.



Kemenangan tipis 1-0 ke atas Brighton Rabu lalu turut mengembalikan keyakinan dalam pasukan Mikel Arteta itu, yang sebelum ini sering dikaitkan dengan penyingkiran, sekali gus menambah tekanan ke atasnya, yang mengambil alih musim ini.



Dengan kemenangan berturut-turut itu, The Gunners melonjak ke tangga ke-13 Liga Perdana England (EPL) dengan 20 mata selepas 16 perlawanan.



Ia bermakna mereka kini berada sembilan mata daripada zon penyingkiran dan sembilan mata membezakan mereka dengan empat pasukan teratas.



KEMENANGAN PENTING



Arteta menyifatkan kemenangan mereka itu sebagai amat penting dan dapat mengubah musim mereka.



"Kami tahu kami sukar mendapatkan keputusan itu sebelum ini," kata Arteta kepada Amazon Prime.



"Kemenangan ketika menentang Chelsea memberi kami dorongan sangat kuat dan kemudian mendapatkan tiga mata di Brighton juga merupakan satu kemenangan amat penting.



"Saya sangat bangga akan pemain saya bagi persembahan mereka dan juga keputusan ini. Ubat terbaik (untuk sembuh daripada kekecewaan) ialah kemenangan. Ia kini tampak lebih baik sekarang."



Dengan 2020 sudah berlalu, Arteta merenung tahun pertamanya di Stadium Emirates sebagai pengurus yang penuh onak dan duri.



Kecemerlangan pada awal kerjaya sebagai pengendali pasukan yang turut menyaksikan Arteta menjulang Piala FA kian menjadi kenangan lalu.



Namun, pengurus dari Sepanyol yang juga bekas pemain Arsenal itu berharap pasukannya dapat melakar satu kenangan indah tahun baru ini.



"Bagi mana-mana pengurus, apa yang berlaku kepada saya boleh disifatkan sebagai satu cabaran. Ada masa saya perlu tempuhi tekanan ini tetapi saya mempunyai ramai orang hebat di keliling saya," ujarnya.



PEMAIN MUDA TUNGGAK



Dua kemenangan membanggakan itu turut menyaksikan beberapa pemain muda Arsenal diberi peluang untuk menyinar.



Diberikan kepercayaan oleh pengurus mereka dalam kesebelasan utama, gandingan tiga bintang berbakat itu - Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan Emile Smith Rowe - tidak menghampakan.



Malah, mereka menjadi tunggak serangan Arsenal yang sering memberi tekanan ke atas pasukan lawan.



Namun, Arteta enggan meletak tekanan tinggi ke atas pemain mudanya itu hingga menjejas tumpuan mereka, terutama bagi Saka, yang mendapat perhatian setelah dinobat sebagai pemain terbaik dua perlawanan berturut-turut.



Saka, 19 tahun, yang menjaringkan gol ketiga Arsenal ketika menentang Chelsea, sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan di Stadium Amex. Beliau menyebabkan beberapa masalah bagi Brighton dan mencipta assist untuk gol kemenangan yang dijaringkan Alexandre Lacazette.



Persembahannya itu memperkukuh lagi status beliau sebagai salah seorang pemain muda terbaik England sekarang.



Arteta menegaskan pemainnya itu harus diberi ruang untuk terus berkembang.



"Saya ingin semua orang mengambil pendekatan lebih berjaga-jaga, untuk memberi beliau ruang berkembang. Saya rasa perkembangannya sangat positif. Beliau mempunyai sokongan tepat di sekelilingya, keluarga dan juga rakan-rakan.



"Beliau juga mempunyai rakan sepasukan yang sentiasa memberinya dorongan dan keyakinan serta sering mengingatkannya supaya berpijak di bumi nyata.



"Saya berharap kami dapat menjadi jurulatih dan kelab terbaik untuknya agar beliau dapat menjadi pemain hebat pada masa hadapan," ujar Arteta.



TAHUN BARU, CABARAN BARU



Arsenal bakal bertemu West Bromwich Albion malam ini dalam perlawanan pertama mereka dalam tahun baru.



Selepas dibenam 5-0 oleh Leeds United Rabu lalu, pasukan Sam Allardyce itu sekarang menduduki tangga ke-19 liga dengan hanya lapan mata.



Allardyce akur beliau berasa terkejut akan persembahan pasukannya di padang sendiri. Ia perlawanan ketiganya sejak mengambil alih daripada Slaven Bilic awal bulan lalu.



Meskipun berjaya mengumpul satu mata daripada perlawanan menentang pendahulu liga Liverpool di Anfield, West Brom dihantui dua kekalahan besar, termasuk 3-0 di tangan Aston Villa.



Allardyce, yang dikenali sebagai seorang pengurus yang menitik beratkan bahagian pertahanan, juga akur pasukannya perlu menunjukkan persembahan lebih baik pada babak awal perlawanan.



"Kekalahan di tangan Leeds adalah satu kejutan besar. Lebih-lebih lagi selepas keputusan di Liverpool," kata beliau.



"Perkara pertama yang perlu kami lakukan ialah menghalang pasukan lawan menjaringkan gol pada 15 minit pertama perlawanan, yang kerap berlaku.



"Kami perlu bangkit dan tidak membiarkan gol itu membuat kami tertekan."



Jelas bahawa Allardyce perlu mendapatkan tenaga pemain baru apabila musim pemindahan bermula nanti.



Bagaimanapun, bekas pengurus pasukan England itu tahu ia bukan satu perkara mudah, dengan ketidakpastian yang sedang berlaku di dunia sekarang.



"Saya rasa lebih sukar membawa masuk pemain dalam waktu pandemik ini," ujarnya.



"Kami perlu mendapatkan pemain lebih baik daripada apa yang kami ada sekarang. Ada ramai pemain di luar sana, tetapi apakah mereka akan membantu memberi kelainan kepada skuad ini?



"Dan disebabkan itu, tugas ini lebih sukar apabila anda perlu mendapatkan pemain yang berdaya membawa sesuatu yang lebih baik." - Agensi berita.




"Kemenangan ketika menentang Chelsea memberi kami dorongan sangat kuat dan kemudian mendapatkan tiga mata di Brighton juga merupakan satu kemenangan amat penting. Ubat terbaik (untuk sembuh daripada kekecewaan) ialah kemenangan."
- Pengurus Arsenal Mikel Arteta.




"Kekalahan di tangan Leeds adalah satu kejutan besar. Lebih-lebih lagi selepas keputusan di Liverpool. Perkara pertama yang perlu kami lakukan ialah menghalang pasukan lawan menjaringkan gol pada 15 minit pertama perlawanan, yang kerap berlaku."
- Pengurus West Bromwich Sam Allardyce.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >