Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Apa itu sukan memanjat?

Sep 10, 2023 | 5:30 AM
KIAN JADI TUMPUAN: Sukan memanjat melibatkan daya tumpuan, dedikasi dan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi.
KIAN JADI TUMPUAN: Sukan memanjat melibatkan daya tumpuan, dedikasi dan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. - Foto AFP

Sukan memanjat atau sport climbing adalah versi kompetitif memanjat tembok.

Sukan ini melibatkan daya tumpuan, dedikasi dan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi.

Di Sukan Asia Hangzhou, sukan memanjat akan ditampilkan dalam tiga format – ‘bouldering’ atau panjat batu tongkol, ‘lead’ dan ‘speed’ atau panjat laju.

Tiga format itu akan dipertandingkan dalam tiga kategori: Panjat laju, panjat laju berganti-ganti dan gabungan ‘bouldering’ dan ‘lead’.

Dalam panjat batu tongkol, atlet memanjat tembok setinggi 4.5 meter tanpa tali dalam waktu terhad dan dalam percubaan paling sedikit yang mungkin.

Bagi kategori ‘lead’, atlet memanjat setinggi yang boleh pada tembok setinggi 15 meter dalam masa enam minit tanpa melihat laluan terdahulu.

Kategori panjat laju pula merupakan saingan penyingkiran satu lawan satu memanjat tembok setinggi 15 meter.

Sukan memanjat membuat penampilan sulungnya dalam Sukan Asia di Jakarta-Palembang, Indonesia, pada 2018.

Ia diperkenalkan sebagai acara kompetitif dalam Sukan Olimpik di Tokyo pada 2020.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg