Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET JADI TUMPUAN

Aqilah Andin berundur

Pemain pertahanan bersara dengan 101 penampilan bagi pasukan Singapura
Feb 18, 2024 | 02:00 PM



Sehari selepas menyertai kelab eksklusif 100 penampilan untuk Singapura, pemain bola jaring negara, Aqilah Andin, melabuhkan tirai kerjaya penuh persaingan dalam gelanggang antarabangsa.

Naib kapten pasukan nasional itu mengumumkan persaraannya daripada skuad bola jaring negara selepas Singapura mengakhiri siri tiga perlawanan persahabatan menentang musuh tradisi, Malaysia, di Our Tampines Hub (OTH) pada 18 Februari.

Sehari sebelumnya, Aqilah, yang bakal menyambut ulang tahun ke-28 pada 14 Mac, menerima hadiah awal ketika menyarung jersi Singapura untuk kali ke-100.

Beliau bersara dengan 101 penampilan antarabangsa untuk negara.

Aqilah, yang mula mewakili Singapura pada usia 16 tahun, berkata:

“Ia sentiasa menjadi salah satu matlamat saya untuk meraih 100 penampilan untuk Singapura.

Malah, beberapa tahun lalu, Aqilah pernah memberitahu Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Bola Jaring Singapura, Cyrus Medora, bahawa beliau ingin melihat namanya disertakan pada dinding Dewan Kemasyhuran sukan itu, yang terletak di pejabat mereka, kelak.

“Sejak itu, ia menjadi pembakar semangat untuk saya terus berusaha gigih demi mencapainya,” kongsinya kepada Berita Harian (BH).


Usaha tangga kejayaan dan Aqilah diturunkan untuk penampilan antarabangsanya yang ke-100 dalam aksi persahabatan dengan Malaysia di OTH pada 17 Februari.

“Ia menunjukkan dedikasi dan pengorbanan saya untuk kekal komited pada program pasukan nasional selama ini berbaloi.

“Saya juga berkongsi pencapaian ini bersama suami saya, keluarga dan mereka yang menyokong saya sepanjang perjalanan bola jaring ini,” kata pemain pertahanan tersebut.

Dengan detik istimewa itu berjaya dikecapi, Aqilah mengumumkan persaraanya pada 18 Februari, atas sebab ingin menumpukan perhatian pada kerjaya dan membesarkan anak lelakinya, Qaif Medrie Shafiq Medrie, yang lahir pada Julai 2022.

“Cabaran terbesar adalah masa 12 tahun dalam pasukan nasional adalah masa yang lama…

“Saya mahu berada di sisi anak saya dan melihat dia membesar,” kata Aqilah, yang kadangkala perlu membawa anaknya ke sesi latihan jika tiada penjaga.

Qaif akan dijaga oleh rakan sepasukan yang cedera atau pasangan rakan sepasukan yang turut hadir di sesi itu, jelas karyawan perniagaan di firma guaman itu.

Aqilah ialah pemain bola jaring Singapura yang terkini bersara daripada pasukan nasional dalam tempoh setahun.

Bekas kapten, Charmaine Soh, juga seorang ibu, mengundurkan diri pada Oktober 2023 dan Kimberly Lim pada Disember 2023.

Mengakui duo itu turut “mempengaruhinya” dalam membuat keputusan untuk mengikuti jejak langkah mereka, Aqilah pada masa yang sama, tidak rasa terkilan untuk meninggalkan gelanggang antarabangsa.

“Ia bukan keputusan sukar kerana pasukan nasional kini berada dalam kendalian jurulatih yang baik. Mereka bermain dengan baik dan dapat beraksi cemerlang tanpa pemain senior. 

“Itu membuat saya yakin untuk bersara,” kata beliau, yang merupakan sebahagian skuad Singapura yang menang pingat emas di Kejohanan Bola Jaring Asia 2014 dan Piala Negara-Negara 2023.

Aqilah turut meraih pingat perak dalam Sukan SEA 2017 dan 2019 serta Piala Negara-Negara 2019.

Selain kemenangan itu, Aqilah berkata kepulangannya beraksi di gelanggang selepas melahirkan Qaif menjadi antara detik manis sepanjang kerjaya atletnya.

“Ia sesuatu yang saya sentiasa rasa bangga. Saya tidak percaya saya dapat melakukannya,” akui beliau. 

Aqilah menjalani semula program kekuatan dan kecergasannya sebulan selepas bersalin dan kembali ke latihan bersama kelabnya, Swifts Barracudas, beberapa minggu selepas itu.

Selepas tiga tahun tidak bermain dalam kejohanan, beliau membuat penampilan kompetitifnya di Piala Negara-Negara pada Disember 2022.

Pertandingan terakhirnya ialah Liga Super Bola Jaring (NSL) 2020, yang berakhir lebih awal akibat pandemik Covid-19.

“Saya juga akan merindui persahabatan yang telah terjalin, daripada saya pemain yang termuda dalam pasukan sehingga menjadi senior,” ujarnya lagi.

Ditanya jika beliau ada perancangan untuk terus terlibat dalam bola jaring setempat, Aqilah menambah:

“Buat masa ini, saya ingin berehat sepenuhnya.

“Tetapi, jika ada kelapangan waktu, saya merancang untuk melatih dan bermain bola jaring secara suka-suka bersama kelab saya.

“Komuniti bola jaring telah menyokong saya selama ini, jadi sebaiknya juga saya menyumbang kembali kepada mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >